[Video]Penculik bersenjata M16 culik dua nelayan di perairan Semporna
KOTA KINABALU: Dua nelayan warga Indonesia diculik oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti menculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna, semalam. Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika mengesahkan perkara itu berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, dua lagi rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bersembunyi…