MCA: Lebuhraya Pulau Pinang RM385j setiap kilometer terlampau mahal

Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri diterajui DAP sedang merancang untuk membina lebuh raya baharu paling mahal di negara ini.

Ketua Pemudanya, Michael Lee berkata ianya berdasarkan kepada kenyataan oleh EXCO kerajaan negeri, Chow Kon Yeow yang menyebut bahawa kos projek Lebuhraya- Pan Island Link 1 di Pulau Mutiara itu dikatakan membabitkan kos sehingga RM7.5 bilion bagi laluan sepanjang 19.5km iaitu RM385 juta bagi setiap kilometer.

“Kos ini adalah 140 peratus lebih tinggi daripada projek cadangan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang di Selangor (RM161 juta/km), di mana wakil rakyat DAP mendakwa sebagai lebuh raya paling mahal di Malaysia tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Selain itu, Lee turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pernah berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan alternatif yang lebih murah.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang sudah meluluskan projek Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PTMP) yang merangkumi projek LRT Bayan Lepas serta lebuh raya baharu.

PTMP, merupakan projek infrastruktur kedua terbesar di Malaysia selepas sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dianggarkan bernilai RM27 bilion, bagaimanapun kos meningkat kepada RM46 bilion selapas disemak semula oleh kerajaan negeri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s