Ketua Setiausaha PH, Saifudin Abdullah Tidak Yakin PH Akan Mencapai Kemenangan PRU 14

1 Julai lalu, di saat umat Islam masih di dalam kemeriahan menyambut hari raya aidil fitri, secara tiba-tiba sahaja Ketua Setiausaha PH, Saifudin memuatnaik status di dalam Facebook beliau yang berbunyi

“Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih.”

Bila Saifudin sebagai Ketua Setiausaha PH menulis mengenai “organisasi bertatih”, sudah tentulah ia merujuk kepada kelembapan tumbesaran PH. Begitu juga bila beliau menulis mengenai “kemenangan seakan tak mampu diraih”, sudah tentulah ia merujuk kepada ketidakmampuan PH mencapai kemenangan di dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU 14).

Persoalannya ialah kenapa tokoh sepenting Saifudin boleh secara terbuka meluahkan kekecewaan beliau terhadap PH?

Sebenarnya, meneliti perkembangan PH sejak ia ditubuhkan pada 22 September 2015, cukup mudah untuk memahami kenapa Saifudin sebagai Ketua Setiausaha PH sudah patah hati dengan PH.

Ini kerana tumbesaran PH cukup lembap sehingga menyebabkan beberapa kali Saifudin termalu sendiri bila diperlihatkan seolah-olah telah cuba membohongi rakyat.

******

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154813671611243&id=166412166242

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s