Mayat Johari Jeboi Jumpa 20 Km Dari Lokasi Terjatuh 

KUALA KUBU BHARU: Mayat lelaki yang hilang selepas tergelincir ketika menjala ikan bersama empat rakannya di Kolam Lombong Leko, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, Ahad lalu ditemui di Sungai Bestari Jaya 7.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mayat mangsa, Johar Jeboi, 42, ditemui orang awam kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

“Proses pengecaman sudah dilakukan oleh keluarga mangsa yang mengesahkan mayat itu Johar Jeboi,” katanya.

Beliau berkata, mereka menjala ikan di kawasan itu pada 1 tengah hari sebelum mangsa tergelincir ketika menguraikan jala yang tersangkut kira-kira 3 petang.

Katanya, mangsa cuba diselamatkan rakannya menggunakan kayu namun gagal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s