Mahathir Anak Beranak Beraya Di Luar Negeri, Tinggallah Ahli PPBM Terus Ditipu Berkali Kali

Sekeping gambar cukup menceritakan segalanya. Boleh menjawab persoalan yang ditanya oleh Muhammad Hafiz Bin Azhar pada 11 Jun 2017 berkaitan kekayaan anak anak Mahathir. Muhammad Hafiz tidak mahu ditipu lagi oleh Mahathir, anak anak dan kroninya.

Mahathir bersenang lenang di atas, ahli ahli PPBM di bawah dikerah untuk pecah belahkan orang Melayu. Disuruh membenci Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Semasa hari raya dikerah jaja cerita berlian RM116 juta dan kutuk Majlis Hari Raya yang diadakan di Seri Perdana.

Tindakan panglima perang Mahathir, Zam Maidin mengajak rakyat kecam Majlis Hari Raya di Seri Perdana adalah kurang ajar sekali. Zam Maidin patut tanya “awat Mahathir lari pi raya di London, buatlah rumah terbuka di Malaysia”. Dari sibuk pertikai kehadiran majlis raya PM, baik “pikiaq” cara hendak bagi orang datang kedai Zam Maidin di Putrajaya. Kedai sendiri pun hendak melingkup, ada hati hendak pertikai majlis orang.

Ahli ahli PPBM mengapa tidak tanya kenapa Mahathir “lari pi raya di obersea”? Kata hendak jadi “PM Sementara”, buatlah “open house” di Malaysia. Bolehlah ahli ahli PPBM dapat sama sampul raya.

Kalau ahli ahli parti bunga tanya pun, Mahathir mana “mau jawab”. Mahathir mana pernah menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Dia seronok suruh orang jawab apa yang dia tanya, tetapi bila orang tanya dia balik, mana pernah dia menjawab. Muhammad Hafiz bertanya begitu untuk mendapat jawapan dan kepastian.

Dalam Instagram cucu Mahathir, kelihatan semua anak beranak Mahathir beraya di London bersama anak anaknya yang bergelar jutawan semuanya. Mokhzani adalah orang Melayu kedua terkaya di Malaysia.

Menurut Forbes 2017, kekayaan Mokhzani adalah USD$420 juta atau RM1.8 billion. Mirzan juga kaya, ini yang pernah disebut Rafizi mengenai Mirzan ;

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dalam satu ceramah politiknya pada PRU13.

Haris Che Mat, bekas pegawai khas Mukhriz pernah mengajak Mukhriz berdebat isu ini pada 1 April 2017. Namun ditolak oleh Mukhriz. 20 Jun 2017, Mohamad Taufik Abas, bekas Exco Armada PPM membuat laporan SPRM melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Mukhriz  Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Projek itu bernilai RM214.2 juta diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

Ketiga tiganya kaya raya. Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz. Itu belum lagi kekayaan kroni kroni Mahathir yang kebanyakkan berada dalam senarai 50 teratas Forbes Malaysia. Sebab itulah cucu dia tayang gambar mereka beraya di London.

Yang terus menerus kena jadi macai adalah ahli PPBM dan pentaksub Mahathir di bawah sahaja. Jika anak anak Mahathir dan kroni Mahathir sudah kaya sebegitu, bolehlah beri sampul raya kepada ahli ahli PPBM. Menurut sebuah blog pembangkang, ahli PPBM terkini berjumlah 80,000 orang.

Jika seorang dapat seorang RM100, baru belanja RM800,000 sahaja. Tidak sampai sejuta pun. Tidak luak lagi kekayaan anak anak sendiri dan kroni Mahathir. Namun apakan daya, ada ahli yang sanggup terus menerus ditipu dan taksub pada individu bernama Mahathir.

Apa sahaja Mahathir cakap dan buat, semua betul. 19 April 1997, Mahathir kata  “Kenyataan Nik Aziz itu mencermin pandangan yang sempit dan ketaksuban yang melampau. Bila kita terlampau taksub dengan kumpulan kita, kita langsung tidak boleh berfikir lagi,”.

Hari ini siapa yang terlalu taksub pada Mahathir sampai tidak boleh berfikir lagi perkara yang benar? Ahli ahli PPBM lah orang orang yang taksub dan kena tipu itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s