Guan Eng Tiada Hak Letak Syarat Pada Rakyat

Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempunyai hak untuk meletakkan syarat tertentu jika rakyat Pulau Pinang menuntut penjelasan tentang sebarang isu berkaitan kepincangan pentadbiran negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Guan Eng menjadi ketua menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat pada Mei 2013.

“Bila mandat diberikan, mereka berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah. Contoh seperti penjualan tanah di Jalan Peel yang benar-benar berlaku.

“Selain itu, jika ada pihak seperti GERAKAN mengemukakan soalan, Guan Eng tidak mempunyai hak meminta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Ahad.

Sebelum ini,kerajaan negeri diketuai DAP menetapkan tiga syarat kepada GERAKAN negeri itu sebagai ‘pertukaran’ bagi mengemukakan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) iaitu perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan bahawa keputusan penjualan tanah di Jalan Peel dibuat secara ‘solo’ serta menuntut parti itu menarik diri daripada arena politik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s