Hebatnya Persepsi Ciptaan Media, Anwar Ibrahim Tertipu Atau Menipu?

Kesan media massa sangat hebat dalam mempengaruhi minda rakyat di masa kini. Kalau dulu media cetak seperti akhbar, risalah dan buku menjadi perhatian, kini tumpuan diberikan kepada media elektronik pula. Berita-berita di portal-portal popular, termasuklah status-status di facebook dan sebaran di media sosial seperti whatsapp dan telegram semakin diminati.

Bagi mereka yang terlibat di arena politik, media merupakan suatu perkara yang perlu diberi keutamaan. Jika diabaikan, mereka bakal kehilangan penyokong dalam keadaan yang tidak sedar. Serangan di media sosial serta pembentukan persepsi negatif terhadap seteru politik sangat hebat. Campur aduk antara fakta dan auta sukar dikesan. Undang-undang pula mempunyai kelompangan untuk membendung sehingga pihak tidak bertanggungjawab ini boleh menyebarkan dengan pantas maklumat di mana jua mereka berada, termasuk dari luar negara.

Kita boleh ambil satu contoh terbaharu, Dato Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas sikap PAS yang memutuskan hubungan dengan PKR, beliau mengatakan bahawa pendirian PAS ini sudah boleh dijangka. Tambahan beliau lagi, PAS kini dilihat lebih lunak dengan Umno, antara contohnya adalah PAS tidak membangkang belanjawan yang mengandungi GST.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/21/anwar-pendirian-pas-cerai-pkr-sudah-lama-diduga/

Naratif PAS lunak dengan Umno tersebar mengikut rentak kenyataan Anwar Ibrahim ke merata tempat. Akhirnya rakyat awam mendapat kesimpulan dari kelicikan manipulasi media, kononnya PAS sokong GST. Lebih teruk, ada yang mendakwa PAS berkecuali dalam pengundian Rang Undang-undang GST di parlimen.

Hakikat sebenarnya, PAS sejak dari awal GST diperkenalkan, telah menyatakan pandangan tegas menolak GST. Kesungguhan PAS menolak cukai tersebut sehingga membawa kepada penganjuran beberapa siri demonstrasi dan kenyataan media pimpinan dari berbagai peringkat. Malah PAS satu-satunya parti yang menghukumkan GST sebagai cukai yang haram di sisi Islam.

https://www.malaysiakini.com/news/343677

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelaksanaan-gst-adalah-haram-dewan-ulama-pas-57648

http://gst-m.blogspot.my/2014/01/dewan-ulama-pas-gst-haram.html

https://www.facebook.com/paskawasanputrajaya/photos/a.10151695827877423.1073741844.93670242422/10152761272542423/

http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2013/10/51735/mengapa-pas-bantah-gst.html

https://www.malaysiakini.com/news/247449

http://buletinonline.net/v7/index.php/himpunan-derita-rakyat-hindar-10-hari-selepas-gst/

Pihak Malaysiakini sebelum ini telah mengeluarkan senarai pengundian ahli Parlimen samada menyokong, membantah atau berkecuali. Dari senarai tersebut, tidak ada seorang pun ahli parlimen PAS yang berkecuali apatah lagi menyokong. Kesemuanya bangun menyatakan bantahan. Daripada 21 orang ahli ketika itu, cuma seorang tidak hadir berbanding PKR sehingga 7 orang, termasuk Anwar Ibrahim sendiri.

https://static.mkini.net/continue.html?s=m&n=news/296721?

Itulah contoh hebatnya penangan media, sehingga Anwar Ibrahimpun tertipu. Atau boleh jadi beliau yang cuba menipu? Oleh kerana sejak sekian lama PAS membantah GST, orang mudah lupa, sampaikan bercelaru antara berkecuali dalam pengundian GST dan berkecuali dalam pengundian bajet. Justeru sebagai rakyat yang celik, perlulah berhati-hati mengambil maklumat dan senantiasa mengamalkan penerimaan maklumat dari berbagai sumber dan pihak. Kerana setiap portal memiliki agenda tersendiri yang tentunya mahukan setiap berita yang dilapor memberi pulangan kepada mereka sendiri.

********

Sumber asal:

http://malaysia-today.net

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s