[Eksklusif] Pengerusi Felda bimbang dengan Kemelut Perebutan Lembaga Pengarah FGV

“Kami baru-baru ini memaklumkan kepada FGV bahawa kita mencalonkan tiga nama sebagai wakil kami sebagai Lembaga Pengarah FGV”

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mungkin mengadakan rombakan lembaga pengarah dalam masa terdekat.

Rombakan tersebut akan menyaksikan  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) meletakkan tiga wakilnya di dalam lembaga pengarah FGV.

Perkara ini  didedahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata Felda, sebagai pemegang saham tunggal terbesar FGV, tetapi tanpa memiliki wakil didalamnya, bimbang dengan perebutan lembaga pengarah seperti yang dilaporkan.

“Kami baru-baru ini memaklumkan kepada FGV bahawa kita mencalonkan tiga nama sebagai wakil kami sebagai Lembaga Pengarah FGV”

“Kepentingan kami adalah untuk melihat momentum yang berterusan dalam penjimatan kos dan memotong perbelanjaan yang tidak perlu. Terdapat beberapa kemajuan tetapi kemelut perebutan lembaga pengarah boleh memberi kesan negatif pengurangan kos ini,” katanya.

“Tadbir urus yang baik adalah juga penting. Keputusan Lembaga tidak boleh sewenang-wenangnya dikompromi. Tanggungjawab dan akauntabiliti di peringkat syarikat dan kumpulan perlu jelas dan dibezakan,” tambah beliau.

“Kami mengenepikan komen kami terhadap ahli-ahli individu lembaga FGV. Apa sahaja yang akan menjadi keputusan akhir, kita mahukan yang terbaik untuk Felda, “kata Shahrir.

Pada masa ini, sembilan orang ahli lembaga FGV adalah Pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad, Ahli Lembaga Pengarah Datuk Dr Omar Salim, Datuk Yahaya Abd Jabar, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Datuk Mohamed Suffian Awang and Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s