Bicara Kes Saman Fitnah LTAT Terhadap Rafizi Ramli Berhubung Isu Bayaran Gratuiti Bermula 11 Okt

Pengakuan – Tugas Rafizi Dan Pembangkang Adalah Menghasut
https://youtu.be/VV22OMJYrQQ

Rafizi sering disaman dan sering kalah kes fitnah di mahkamah.

Tetapi Rafizi tak peduli.

Rafizi seru kepada rakyat untuk jangan sedih atau simpati pada dia kerana dia dibayar olah Rakyat untuk menjalankan kerja dia.

Rafizi pun pernah kata kerja dia ialah untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari.

**********

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 11 Okt untuk perbicaraan kes saman fitnah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ahmad Syateer Izzat mewakili LTAT selaku plaintif dan peguam Saiful Izham Ramli mewakili Mohd Rafizi selaku defendan dalam kes saman berkenaan.

Saiful Izham ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 11 Okt, 18 hingga 20 Dis untuk perbicaraan dan 3 Julai ditetapkan untuk pengurusan kes.

LTAT memfailkan saman itu pada 6 Mei 2016 dengan mendakwa Mohd Rafizi dalam laman blog dan laman Facebooknya pada 21 Mac 2016 telah mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Bayaran gratuiti pesara angkatan tentera lewat; LTAT perlu dedahkan risiko kewangan akibat 1MDB’.

LTAT juga mendakwa pada 24 Mac 2016 melalui laman sesawang Malaysiakini, Mohd Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Rafizi: I have document showing LTAT’s link to 1MDB’ dan dia juga didakwa mengulangi kenyataannya dalam laman Facebooknya bertajuk ‘Laporan ketua audit negara ke atas 1MDB mengesahkan kesan masalah kewangan 1MDB ke atas LTAT” pada 28 Mac 2016.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Rafizi antara lain membawa maksud bahawa LTAT tidak menjaga faedah dan kebajikan pesara tentera serta tidak mempunyai wang untuk membayar pesara tentera.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang atau mencegah defendan, pegawai atau ejen atau pekerja defendan atau sebaliknya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s