Malaysia Airlines Pesawat MH128 Terpaksa Berpatah Balik Ke Melbourne Selepas Penumpang Cuba Untuk Memasuki Kokpit 

Terdapat insiden keselamatan dalam penerbangan Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur yang berlepas pada jam 11:11 malam waktu Melbourne.

Seorang penumpang cuba memasuki kokpit manakala laporan yang tidak disahkan berkata penumpang didakwa memiliki bahan letupan.

Penerbangan itu telah berpatah balik dan mendarat di lapangan terbang Melbourne. Ia kini diletakkan di sebuah sudut terpencil menunggu untuk pasukan keselamatan Australia bagi memasuki pesawat.

Lapangan terbang Melbourne kini ditutup dan semua penerbangan lain ke lapangan terbang tersebut telah dialihkan ke lapangan terbang lain.

Penerbangan Malaysia Airbus A330-300, pendaftaran 9M-MTI Nombor Penerbangan MH128 dari Melbourne, VI (Australia) ke Kuala Lumpur (Malaysia), telah berlepas dari landasan 16 Melbourne apabila Pilot kapal berhenti meneruskan pendakian pada ketinggian kira-kira 6500 kaki dan melaporkan terdapat penumpang telah cuba untuk menceroboh kokpit, percubaan bagaimanapun telah dihalang.

Anak-anak kapal telah memilih untuk kembali ke Melbourne dan kemudiannya melaporkan seorang penumpang, mendakwa mempunyai bahan letupan bersamanya, telah ditewaskan dan dikawal oleh penumpang lain, keadaan adalah terkawal.

Pesawat kembali ke Melbourne untuk pendaratan ‘overweight’ di landasan 16 dengan selanat kira-kira 15 minit selepas berlepas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s