1,000 Ahli PPBM Perak Keluar Parti

Ahli sedikit, yang keluar ramai.

Bakal Berkubur lah tu.

IPOH: Lebih 1, 000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta hari ini.

Antara yang bertindak demikian termasuk Ketua Bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Bahagian PPBM Teluk Intan, Jemaat Yaacob serta lapan bahagian lain.

Menurut Azrul Suhadi, tindakan itu dibuat sebagai tanda tidak gilakan jawatan dan tidak mahu lagi bekerjasama dengan parti yang dipimpin Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan ini kami lakukan kerana telah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan Muhyiddin.

“Kami juga ingin mengingatkan pemimpin PPBM supaya bermuhasabah dan jangan menunding jari kepada pihak lain terhadap apa yang berlaku kepada PPBM ketika ini. Ini semua kerana tindak tanduk mereka.

“ Kami yakin ramai lagi akan meninggal parti selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s