PKR Akui Tidak Beri Ruang Secukupnya Kepada Wanita

PETALING JAYA: Sekalipun Presiden Parti Keadilan Rakyat seorang wanita, namun ketua sayap Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin tetap melihat PKR tidak memberi ruang secukupnya kepada golongan itu untuk bersuara.

Zuraida berkata sekalipun penyertaan wanita dalam memegang jawatan dijamin oleh perlembagaan parti, namun pembabitan golongan itu di pelbagai peringkat parti masih tidak mencapai 30 peratus.

Beliau berkata walaupun wanita berentap dalam menegakkan keadilan, menyertai perhimpunan aman, protes dan menggerakkan demostrasi, namun penyertaan wanita seringkali mendapat sambutan suam kuku daripada pimpinan tertinggi parti.

“Acapkali tidak mendapat sokongan serta pengaruh kualitas dari pimpinan tertinggi parti yang nyata, pimpinan dari peringkat cabang, negeri, dan pusat seringkali membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa konsultasi suara wanita, mencemarkan jolokan Keadilan sebagai sebuah parti reformasi,” katanya dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2017, di sini hari ini.

Justeru, Zuraidah yang juga anggota Parlimen Ampang, mahu supaya pucuk pimpinan parti berkenaan memberi peluang kepada lebih ramai wanita mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, antara lain supaya kuota penglibatan kaum wanita seperti dijamin perlembagaan parti dapat dipenuhi.

“Wanita yang layak jangan didiskriminasi dan ditempatkan di tempat-tempat (kerusi PRU) kurang strategik.

“Saya ingat pada 2008, sebelum PRU 2008, saya cuba aturkan lebih ramai wanita untuk bertanding, tetapi oleh kerana tidak mudah maka saya harus mencari kerusi-kerusi yang tidak laku, yang tidak ada yang nak, ” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zuraidah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti akan datang, bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda.

Bagaimanapun Zuraida berkata keputusannya itu tidak ada kaitan dengan kes mahkamah melibatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Rosly.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s