Mahathir Serang Pelabuhan Kuantan Yang Beliau Sendiri Swastakan Kepada IJM Corp Tahun 1998

Hari ini, Tun Mahathir melalui blog Chedet menyerang pelaburan syarikat negara China di pelabuhan Kuantan dan pelabuhan Melaka.

Aku telah tulis panjang-lebar mengenai pelabuhan Melaka yang akan dibina diatas tanah yang akan ditambak dan tidak mengambil tanah yang sedia ada usaha syarikat JV 60% milik syarikat Malaysia dengan 40% milik syarikat China.

Tetapi aku tidak tertahan dengan Mahathir tentang cerita pelabuhan Kuantan.

Pelabuhan Kuantan ini sebenarnya diswastakan pada 1 Jan 1998 oleh Mahathir sendiri.

Pelabuhan ini yang dimiliki syarikat tempatan disenarai IJM Corp yang menjual 40% kepentingan saham kepada syarikat China pada tahun 2013 .

IJM masih memiliki 60% pelabuhan Kuantan.

Bukan Najib yang jual saham kepada syarikat China tetapi syarikat swasta IJM.

Yang dulu jual 100% pelabuhan Kuantan dulu pula ialah Mahathir sendiri.

Tun Mahathir pula memetik “penulis China” yang tidak bernama yang mendakwa pelabuhan Melaka dan Kuantan akan diguna oleh tentera laut China.

Siapa penulis China yang tidak bernama ini? Petikan dari mana? Blog ke? Wassap ke?

Apa nama penulis China ini? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Ataupun Matthias Chang?

Penulis China biasa tidak akan berani menulis sesuatu yang berkaitan ketenteraan. Hanya kerajaan China boleh menulis mengenainya sebelum disiarkan oleh agensi berita negara berkenaan Xian-Hua.

Projek pelabuhan di Pulau Carrey bernilai US$9.39 billion (RM41.56 billion).yang merupakan JV bersama syarikat tempatan MMC dengan syarikat India langsung tidak pula diserang oleh Mahathir.

Mungkin kerana pemilik MMC ialah kawan baik Mahathir yang selain dari meminjam pejabat Al-Bukhari untuk kegunaan peribadi Mahathir, pernah melantik Mahathir sebagai pengerusi Proton.

Sedihnya apabila tengok Mahathir melancarkan serangan demi serangan yang tidak berasas, tidak masuk akal dan berunsur fitnah hanya kerana dendam peribadi dia selepas gagal berkali-kali untuk menumpaskan Najib.

*******

Rujukan:

Mahathir Serang Melaka Gateway Sebab Tak Dapat Pada Keluarga Dan Kroni – Part 2

http://pakdin.my/mahathir-serang-melaka-gateway-sebab-tak-dapat-pada-keluarga-dan-kroni-part-2/

Mahathir Serang Melaka Gateway Sebab Tak Dapat Pada Keluarga Dan Kroni

http://pakdin.my/mahathir-serang-melaka-gateway-sebab-tak-dapat-pada-keluarga-dan-kroni/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s