Adam Rosly Dituduh Esok

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kekayaan luar biasa beliau, dijangka dituduh di mahkamah esok.

Adam dijangka dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, maklumat terbaharu turut mendapati, SPRM juga sudah menyita rumahnya di Ampang yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai.

Adam ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s