[Video] Peluncur Udara Hilang, Ditemui Selamat

https://youtu.be/SLUyj7QePZw

HULU SELANGOR: Peluncur udara atau paraglider yang dilaporkan hilang, petang semalam ditemui selamat kira-kira 3 kilometer (KM) dari tempat dilaporkan hilang di Taman Millenium hari ini.

Mangsa, Mohamad Rosely Azli, 53, ditemui oleh pasukan pencari udara helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM), kira-kira jam 3.40 petang sebaik memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) fasa kedua kira-kira 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Bharu, Superintendan R Supramaniam, berkata mangsa ditemui di kawasan hutan kira-kira 3 kilometer dari Taman Millenium selepas dilaporkan hilang ketika cuba mendarat di padang Stadium Millenium semalam.

“Anggota pasukan SAR ternampak payung paraglider milik mangsa sebelum nampak dia melambai-lambaikan tangan.

“Helikopter berpatah balik ke subtek (pusat operasi sementara) di Stadium Millenium untuk mengambil anggota bomba sebelum ke lokasi mangsa semula.

“Mangsa diselamatkan menggunakan teknik ‘winching’ iaitu menaikkan mangsa menggunakan tali dan menariknya ke dalam helikopter,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) dengan jentera EMRS milik bomba.

“Mangsa dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan di kaki, kita masih menunggu laporan dari pihak hospital.

“Mangsa dipercayai terdengar bunyi enjin helikopter berlegar-legar pada pencarian dan mungkin membentangkan payung paraglidingnya supaya dapat dilihat,” katanya lagi.

 


Berita sebelum:

[VIDEO] 50 Anggota 4 Agensi Terlibat SAR Paraglider Hilang Di Kuala Kubu Bharu

https://youtu.be/u6G9o_rvZr8

HULU SELANGOR 10 April – Sebanyak 50 anggota daripada empat agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat peserta paraglider, Mohamad Rosely Azly, 53, yang hilang ditiup angin kencang di Bukit Batu Pahat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan R. Supramaniam berkata, operasi berkenaan menggunakan tiga helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menyertai operasi tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Setakat operasi yang dimulakan pada pukul 8 pagi tadi, kita telah membuat pencarian dalam radius kawasan seluas 10 kilometer.

“Ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan, isteri mangsa dalam perjalanan pulang dari Turki dan dijangka tiba pukul 4.30 petang ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

*************

`Hilang Di Celah Kepulan Awan

HULU SELANGOR: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas gagal mendarat ketika melakukan aktiviti luncur layar di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohamad Rosely Azli, 53, berasal dari Cheras, dilaporkan hilang selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat di Kuala Kubu Baru jam 2.30 petang semalam.

Rosely yang juga ahli Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Baru (KKB) melakukan aktiviti itu bersama tujuh rakan lain dari kelab itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata mangsa bersama rakan melakukan penerjunan dua kali dan selamat mendarat di Padang Millenium pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu mangsa bersama tujuh lagi rakannya melakukan terjunan kali ketiga di Bukit Batu Pahat, namun hanya tujuh daripada mereka berjaya mendarat.

Mengikut pengadu yang juga rakan mereka, ketika yang lain sudah mendarat, mangsa masih kelihatan berlegar-legar di udara dipercayai dibawa angin kuat kuat.

“Mangsa semakin tinggi memasuki kepulan awan dan hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamil berkata, rakan mangsa cuba menghubunginya melalui radio tetapi mangsa tidak menjawab panggilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru, Superintendan R Supramaniam, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Mangsa dilaporkan gagal membuat pendaratan kerana tiba-tiba angin kencang membawanya naik ke ketinggian kira-kira 1,200 meter dan hilang,” katanya.

Sehingga jam 8 malam tadi, pasukan pencari dan penyelamat (SAR) terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih gagal menemui mangsa.

Usaha mencari mangsa disambung jam 8 pagi ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s