Pesawat Malaysia Airlines MH2718 Tergelincir Di Lapangan Terbang Sibu – 61 Penumpang Selamat

SIBU: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2718 yang tergelincir di Lapangan Terbang Sibu pada jam 10.17 malam tadi, dikatakan mengalami kesukaran untuk mendarat kerana cuaca buruk.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan perkara itu dan berkata ia melibatkan penerbangan MH2718 dari Kuala Lumpur yang tergelincir ketika mendarat.

Katanya, pesawat Boeing 737-800 itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 9.35 malam.

“Namun, disebabkan cuaca buruk iaitu hujan lebat, pesawat itu dikatakan sukar untuk mendarat.

“Selepas beberapa kali melakukan percubaan mendarat, juruterbang akhirnya membuat pendaratan tetapi pesawat itu tergelincir dari landasan yang licin akibat hujan lebat waktu itu,” katanya ketika dihubungi malam ini.

“Pesawat jenis Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam anak kapal.

Tambah sumber itu, walaupun terbabas beberapa meter dari landasan, namun kesemua penumpang dan anak kapal selamat.

“Tiada kecederaan dilaporkan,” kata kenyataan itu. “Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines.”

 

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/04/dd438-20170440-mh2718-sibu-tergelincir2b252812529.jpg

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/04/159a2-20170440-mh2718-sibu-tergelincir2b252822529.jpg

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/04/e9f53-20170440-mh2718-sibu-tergelincir2b252832529.jpg

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/04/7a8d1-20170440-mh2718-sibu-tergelincir2b252842529.jpg

*********************

Catatan Facebook seorang penumpang:

“Hati tidak sedap sejak dari KLIA”

SIBU: Hati berdebar dan hilang selera makan antara ‘petanda awal’ pesawat dinaiki bakal dilanda musibah.

Ia antara coretan Mohd Nikman Hashim, salah seorang penumpang pesawat MH2718 yang tergelincir sebelum terbabas sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini, malam tadi.

Mohd Nikman berkongsi pengalamannya itu dalam akaun Facebook miliknya.

Malah, beliau turut menyatakan suasana dalam pesawat itu, termasuk tangisan bayi yang berpanjangan turut membuatkan perasaannya berdebar, lebih-lebih lagi melihat keadaan cuaca buruk.

Mohd Nikman menyatakan cubaan mendarat kali pertama gagal menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa berlegar-legar selama 20 minit di ruang angkasa Sibu sebelum melakukan pendaratan kali kedua.

“Ketika nampak sahaja pesawat menghampiri landasan, hati terus berdebar-debar. Tidak tahu sebab apa. Masa pesawat sudah mendarat, nampak dari cermin (tingkap) kapal terbang berada di tengah landasan tetapi semakin bergerak ke tepi (landasan).

“Kemudian, kapal terbang masuk (terbabas) ke padang (tepi landasan) disusuli bunyi (dentuman) kuat dari bahagian tayar. Saya terus tunduk mengambil posisi selamat. Rasa macam dekat sangat dengan kematian,” katanya.

Beliau menyatakan perasaan lega kembali apabila pesawat berhenti sepenuhnya.

“Namun, terfikir pula kalau berlaku kebakaran. Terus usaha mahu cepat keluar dari pesawat. Mak dan ayah duduk di hadapan, saya hanya fokus pada orang tua agar tiada apa-apa berlaku pada mereka,” katanya.

Mohd Nikman dan ibu bapanya antara 61 penumpang yang terselamat dalam insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tergelincir dan terbabas di Lapangan Terbang Sibu, malam tadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s