[VIDEO] PPBM Rembau Lumpuh , 500 Ahli Keluar Parti Membantah Kronisme

https://youtu.be/OvEICNwP63Q

SEREMBAN: Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti tersebut malam ini.

Menurut bekas Ketua Aktivis PPBM negeri,  Mohd. Anas Sudin, seramai 1,500 lagi ahli di bahagian tersebut dijangka mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat.

Ujarnya,  mereka membuat keputusan itu ekoran hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan hala tuju parti berkenaan.

Dakwanya, kumpulan itu tidak yakin PPBM mampu menghadapi pilihan raya umum dengan keadaan yang dihadapi di peringkat bahagian.

“Sehubungan itu,  PPBM Bahagian Rembau lumpuh kerana 99 peratus ahlinya bakal meninggalkan parti berkenaan.

“Kebanyakan mereka adalah ahli yang masih muda dan memainkan peranan penting serta bekerja keras mengumpul ahli sebelum ini, ” ujarnya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Beliau yang menyertai parti itu pada Oktober tahun lalu mendakwa, parti itu mengamalkan kronisme sehingga individu yang tidak layak dilantik memegang jawatan.

Beliau juga mendakwa, akan mengadakan siri jelajah di seluruh Negeri Sembilan, manakala kira-kira 1,500 lagi ahli dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s