Jumlah Perdagangan dan Eksport Malaysia Bagi Februari 2017 Meningkat

Angka telah dikeluarkan hari ini menunjukkan ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan pantas – yang menyokong mempercepatkan pertumbuhan sejak suku ke-3 tahun lepas. Bulan Januari juga menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik.

Jika ini berterusan, Malaysia akan “dipaksa” untuk menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun 2017 – yang pasti akan membuat Mahathir dan Kit Siang tidak berpuas hati.

Eksport Malaysia Bagi Bulan Februari Melonjak 26.5% Kerana Peningkatan Import Dari China

**************
Jumlah Perdagangan dan Eksport Malaysia Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Februari 2017 meningkat sebanyak 27.1 peratus mencecah RM134.83 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dan eksport naik 26.5 peratus kepada RM71.77 bilion.

Ini merupakan bulan keempat berturut-turut eksport melebihi RM70 bilion sejak November 2016, melebihi nilai purata bulanan sebanyak RM64 bilion yang direkodkan pada sepuluh bulan pertama 2016, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Lebihan dagangan bernilai RM8.71 bilion, menjadikan ia lebihan dagangan yang ke-232 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997, kata MITI dalam laporan perangkaan perdagangan luar Malaysia, yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Import pada Februari 2017 meningkat sebanyak 27.7 peratus kepada RM63.06 bilion.

Jumlah perdagangan bagi dua bulan pertama 2017 meningkat 20.6 peratus kepada RM270.63 bilion berbanding RM224.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2016.

Eksport meningkat 19.8 peratus kepada RM142.04 bilion manakala import naik 21.5 peratus kepada RM128.59 bilion dengan lebihan dagangan direkodkan sebanyak RM13.45 bilion.

Pada Februari, pengembangan perdagangan dilihat dengan semua rakan dagangan utama iaitu ASEAN, China, India, Jepun, Taiwan, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), kata kementerian itu.

“Pada Februari 2017, pertumbuhan dua digit dalam eksport telah dicatatkan bagi kesemua sektor utama, iaitu barangan perkilangan, hasil galian serta keluaran pertanian,” kata MITI.

Eksport barangan perkilangan meningkat 24.3 peratus kepada RM57.45 bilion berbanding Februari 2016, merangkumi 80 peratus bahagian daripada jumlah eksport Malaysia.

“Eksport hasil galian meningkat sebanyak 21.6 peratus kepada RM6.83 bilion, manakala eksport keluaran pertanian naik sebanyak 50.7 peratus kepada RM6.78 bilion, disokong terutamanya oleh pertumbuhan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit,” kata kementerian itu.

Perdagangan dengan ASEAN berkembang 36.1 peratus kepada RM39.03 bilion berbanding tahun lalu. Eksport meningkat 34 peratus kepada RM21.55 bilion, disokong terutamanya daripada pertumbuhan kukuh eksport barangan perkilangan.

Antara lainnya, jumlah perdagangan dengan China pada Februari 2017 meningkat 28.9 peratus kepada RM19.79 bilion, menyumbang 14.7 peratus bahagian kepada jumlah perdagangan Malaysia dengan EU sebanyak RM12.7 bilion, pertumbuhan 11.2 peratus.

Jumlah perdagangan dengan Jepun pada Februari 2017 naik 17.3 peratus kepada RM11.84 bilion dengan eksport mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi 2 bulan berturut-turut setelah merekodkan penurunan tahun ke tahun yang berterusan sejak Julai 2016.

Kementerian itu berkata pertumbuhan dua digit telah dicatatkan ke beberapa negara rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti India, yang meningkat 32.2 peratus kepada RM2.77 bilion, Turki (82.1 peratus kepada RM830.9 juta), New Zealand (56 peratus kepada RM344.6 juta), Pakistan (47.4 peratus kepada RM312.7 juta).

Pada Februari 2017, tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir ialah barang pengantara bernilai RM38.48 bilion atau 61 peratus daripada jumlah import, meningkat sebanyak 39.9 peratus berikutan kenaikan import arang batu.

Barang lain ialah barangan modal (RM7.29 bilion, 11.6 peratus bahagian, meningkat sebanyak 5.6 peratus), disumbang oleh kenaikan import pemampat udara atau gas, hud; dan barang penggunaan (RM4.57 bilion, 7.3 peratus bahagian, turun 0.6 peratus), berikutan pengurangan import barangan makanan.

****************
Rujukan:
“Trade Performance For The Month Of February 2017 And The Period Of January – February 2017 [April 05, 2017]”
http://www.miti.gov.my/miti/resources/Malaysia_External_Trade_Statistics_January-_February_2017.pdf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s