Juruterbang Membawa Keluar Rakyat Malaysia Lega Tinggalkan Ruang Udara Korea Utara

SEPANG: Walaupun berpengalaman dalam menerbangkan pesawat menerusi misi menyelamat ke kawasan konflik seperti Libya, Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis, yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara, hanya mula menarik nafas lega selepas meninggalkan ruang udara Korea Utara.

Juruterbang berusia 26 tahun yang terbang bersama dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pembantu juruterbang dan dua kuatermaster berkata, kesemua anggota terpaksa menjadi ‘juruterbang awam’ demi keselamatan.

“Kami mendapat perintah supaya bersiap sedia pada Isnin dan berlepas menggunakan pesawat perniagaan Bombadier Global Express sekitar pukul10.30 pagi Khamis di Pangkalan Udara Subang.

“Kami tidak pasti apa yang dapat dijangkakan apabila memasuki ruang udara Korea Utara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Hasrizan bagaimanapun berkata, tiada apa yang luar biasa sepanjang penerbangan.

“Satu-satunya isu adalah kelewatan yang panjang antara masa kami mendarat di Pyongyang, pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia, dan masa kami dibenarkan untuk berlepas, kira-kira pukul 7.45 malam,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak mengetahui punca kelewatan.

Penerbangan berhenti di Lapangan Terbang Fuzhou Changle di China bagi mengisi bahan api sebelum pulang ke Malaysia.

“Saya amat bersyukur kami berjaya membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s