Dulu Guan Eng Kata SPRM Cuma Melawat, Akhirnya Di Dakwa – Hari Ini Teresa Kok Bagi Alasan Sama, Bakal Kantoi Lah Tu

Teresa Kok nafi serbuan SPRM, cuma mendapatkan dokumen katanya.

Eh .. Mengapa alasan macam biasa didengar sebelum ini?

Bagaimanapun, pejabat Teresa Kok telah di kunjungi SPRM (bukan serbuan, menurut beliau) berkaitan laporan yang dibuat mengenai dakwaan penyalahgunaan dana negeri Selangor RM2juta dalam tempoh satu tahun.

Sama ada ia adalah satu serbuan atau lawatan, kedatangan SPRM  bukan sesuatu yang sangat “Ong” dalam fengshui.

Perkara yang tidak berubah menjadi baik bagi seorang pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga pernah “dilawati” oleh SPRM sebelum ini.

——

Teresa Kok Nafi Serbuan SPRM, Cuma Mendapatkan Dokumen

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok MENAFIKAN, SPRM menyerbu pejabatnya, sebaliknya sekadar melawat untuk mendapatkan beberapa dokumen daripadanya.

“Mereka hanya mahukan dokumen dan kita menyerahkan kepada mereka. Ini bukannya serbuan,” kata Teresa Kok.

Pembantu Kok, Alice Lan berkata, dua orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat Kok dengan WARAN GELEDAH pagi tadi dan mahu mendapatkan dokumen asal Skim Saraan Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

“Pegawai-pegawai tersebut memberitahu, kedatangan mereka adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jamal Md Yunos. Jadi untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami,” kata Lan.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasminya, Teresa Kok menggambarkan siasatan SPRM daripada laporan Jamal itu adalah taktik kotor Barisan Nasional menjelang PRU-14.

Menurut Teresa Kok, SMUE adalah skim kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di mana sumbangan sebanyak RM2500 diberikan kepada keluarga di Selangor yang kematian ahli keluarga.

“Pusat perkhidmatan saya di Seputeh telah mengendalikan tanggungjawab tersebut dan menyerahkan saguhati sebanyak RM2500 kepada keluarga-keluarga yang kematian di Parlimen saya semenjak 2009,” katanya yang turut mendakwa, tuduhan Jamal yang dia telah mengeluarkan RM2 juta daripada akaun bank SMUE sebagai ‘jenaka murahan’.

—-

Rujukan:

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-mp-denies-macc-raided-office-says-just-wanted-docs

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/guan-engs-house-raided-by-macc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s