Perdana Menteri Najib Razak Mengumumkan Kepulangan Selamat Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Korea Utara

Beberapa hari yang baik untuk rakyat Malaysia.

5 tebusan kembali dari Filipina dan sekarang 9 kembali dari Korea Utara.

Syabas.

——————

Kepulangan Rakyat Malaysia yang Ditahan di Korea Utara

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA

30 Mac 2017

  1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

  2. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

  3. Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

  4. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

  5. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

najibrazak.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s