Pakatun Syiok Sendiri Dengan Berita Mengarut WSJ Berkaitan 1MDB

Macai PakaTun semakin teruja dengan artikel terbaru WSJ semalam dengan tajuk “The U.S. Is Preparing to Charge Financier Jho Low in Malaysian 1MDB Scandal

Tetapi jika anda membaca artikel dengan betul dan bukan hanya tajuk, anda akan melihat ayat ini – yang merupakan asas kepada keseluruhan artikel mereka.

“The U.S.’s prosecution plans, which could change or be dropped as its investigation continues, involve filing criminal charges of wire fraud and money laundering against Mr. Low and potentially some of his associates, said people familiar with the probe. They didn’t describe the potential timing.

[“Rancangan Pendakwaan AS, yang boleh menukar atau digugurkan kerana siasatan masih diteruskan, melibatkan memfailkan tuduhan jenayah ‘wire fraud’ dan pengubahan wang haram terhadap Mr Low dan berkemungkinan melibatkan beberapa rakan-rakannya, MENURUT ORANG YANG BIASA DENGAN SIASATAN . MEREKA TIDAK MEMBERIKAN MASA YANG SESUAI (tarikh pendakwaan).”]

“Anonymous people familiar”, “could change”, “could drop”, “could charge” – but don’t know timing…

[“orang yang biasa  tidak mahu dikenali”, “boleh berubah”, “boleh dibatalkan”, “boleh didakwa” – tetapi tidak tahu bila masa …

Macam itu pun boleh ke? 😁

COULD itu boleh juga di terjemahkan sebagai APA NAMA 😁

Malah, BOLEH jadi meteor yang akan jatuh ke bumi menghapuskan semua yang wujud di muka bumi tetapi saya tidak boleh menggambarkan masa yang ianya akan berlaku.

Saya rasa WSJ telah melakukan siri peperangan mereka agak keterlaluan di mana ia kini menjejaskan kredibiliti kewartawanan mereka.

Adalah aneh bahawa WSJ tidak pernah pula untuk menyebut bahawa Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan Pendakwaraya, Preet Bharara yang kedua-duanya sebelum ini terlibat dalam kes ini telah dipecat oleh Presiden Amerika.

Portal anti-Kerajaan Malaysia, Asia Sentinel pula mengeluarkan artikel bertajuk “US Justice Department Probe of 1MDB in Danger?”  minggu lepas di mana ia berkata:

“There is concern in Kuala Lumpur that the United States Justice Department’s investigation into the state-owned 1Malaysia Development Bhd., which is ensnared in one of the world’s biggest financial scandals, could be stymied in the wake of the March 10 firing by President Donald Trump of the country’s 46 US attorneys.”

[“Terdapat kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Bhd. milik negara, yang terjebak dalam satu skandal kewangan terbesar di dunia, boleh tersentap berikutan pemecatan pada 10 Mac oleh Presiden Donald Trump terhadap peguam negara Amerika yang ke-46.”]

Sementara itu, timbang tara di antara 1MDB dan IPIC masih berjalan, pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia sedang berjalan dan berkembang dengan baik, 1MDB masih mempunyai lebih daripada RM1 bilion dalam bentuk tunai, majoriti pinjaman bank telah dibayar kembali dan mereka tidak mempunyai bayaran tertunggak pada mana-mana bon mereka, yang semua dalam jangka panjang dan terus membayar kupon hutang mereka.

Hari ini, Alibaba Jack Ma berada di Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur bersama Perdana Menteri Najib Razak. Adalah dijangkakan Zon Perdagangan Bebas Digital akan dilancarkan dan Jack Ma akan mengumumkan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai hab serantau bagi kumpulan gergasi Alibaba.

Biarkan lah WSJ dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat untuk “syiok sendiri” sementara Malaysia terus sangat positif berkembang kini dan sejak beberapa bulan yang lalu.

————-

Rujukan:

https://www.wsj.com/articles/the-u-s-is-preparing-to-charge-a-leading-figure-in-malaysian-scandal-1490109286

LSS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s