Parti Satu Kerusi Tidak Layak Jadi Kapten Pembangkang

Mahathir ketika ini mungkin sedang berasa dirinya masih dalam mimpi indah 22 tahun di tampuk kuasa.

Mahathir mungkin ingat dia masih lagi “kapten” agaknya sampai lupa hakikatnya partinya, PPBM kini hanya ada satu kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.

Semalam, 14 Mac 2017, Mahathir yang juga Pengerusi PPBM sudah menuntut dan membuat syarat iaitu mahukan logo dan simbol baru pembangkang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Parti bunga buat ketetapan itu seolah olah lagak seorang kapten dalam kapal pembangkang.

Hakikatnya, dalam Pakatan Harapan, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 28 kerusi, PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu ada enam kerusi dan PPBM hanya ada satu iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh.

Semalam, selepas mengumumkan secara rasmi PPBM masuk ke dalam Pakatan Harapan, Mahathir “beri arahan”

mahukan semua parti di dalam pakatan itu menggunakan satu logo baru dan satu simbol baru sama seperti Barisan Nasional (BN).

Jika Mahathir sedar letak duduk dirinya dalam PPBM, beliau sudah pasti akan memanggil semua pemimpin parti dalam pakatan berkenaan dan duduk berbincang semeja berkenaan hal mahu mewujudkan satu logo dan satu simbol bersama-sama sebelum mencapai keputusan.

Ini tidak, hanya berani membuat pengumuman dan menyuarakan tuntutan dalam sidang media partinya sendiri.

Perangai Mahathir ini sudah diberikan amaran oleh banyak pemimpin pembangkang khususnya Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara supaya berhati-hati dengan manusia bernama Mahathir.

Isu mewujudkan satu logo dan simbol dalam pilihan raya sudah berkali-kali dibangkitkan sejak pembangkang bersama-sama dalam Barisan Alternatif (BA) lagi satu masa dulu tetapi mereka tidak boleh sepakat dan mencapai kata persetujuan.

Sejak 1999, pakatan pembangkang yang dikenali Barisan Alternatif tiada logo, perlembagaan dan simbol.

Sama juga dengan Pakatan Rakyat selepas itu. Kini datang pula penjenamaan baru iaitu Pakatan Harapan. Tinggal harapan sahajalah, kapal pun sudah hendak karam.

Jika ada, seorang pemimpin dari parti gabungan perlu dilantik mengetuai parti berkenaan secara rasmi. Ini perlu bila gabungan itu sudah didaftarkan secara rasmi dan pemimpin itu ada kuasa tertentu.

Yang majoriti akan dipilih sebagai ketua iaitu DAP bukan yang ada satu kerusi menjadi kapten dalam pembangkang. Adalah di luar tabii memilih parti satu kerusi jadi ketua, Anwar pasti marah dari dalam penjara.

Kalau tidak didaftarkan, jika ada parti tidak berpuas hati, mereka boleh meninggalkan pakatan begitu sahaja tanpa perlu melalui prosedur tertentu.

Sama macam apa yang berlaku dalam DAP sekarang. Dari segi undang undang pertubuhan DAP adalah parti haram kerana gagal kemukakan minit mesyuarat agung mereka pada pendaftar pertubuhan sejak 2013 lagi.

Sebab itu ramai sudah keluar dari DAP kerana sudah tiada apa peraturan dan perlembagaan yang perlu diikuti oleh ahli DAP. Peraturan itu tiada dalan buku perlembagaan DAP, tetapi hanya ada dalam kepala Lim Kit Siang seorang sahaja.

Tuntutan Mahathir ini jelas menyerlahkan agenda peribadi beliau yang sebenarnya mahu mengambil alih teraju dalam pembangkang kononnya dengan reputasi sebagai bekas Perdana Menteri untuk merealisasikan misi melantik anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri, kelak.

Dengan hanya satu kerusi, PPBM hanya melukut di tepi gantang sahajalah. Meminta simpati dengan DAP. Ketua sebenar dalam pembangkang adalah DAP bukannya Mahathir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s