Pencapaian Membanggakan Ekonomi Malaysia 2017 – Bukan Negara Gagal Seperti Ratib Harian Mahathir Dan Kit Siang

BAV unit media gergasi Young and Rubicam telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang terbaik untuk melabur bagi tahun 2017 daripada 80 buah negara yang mereka senaraikan – Berada diatas berbanding Singapura.

Mereka berkata Malaysia adalah jelas pendahulu dalam ‘ranking’ ini, mendahului dengan sekurang-kurangnya 30 mata lebih daripada mana-mana negara lain pada skala 100 mata. Negara ini adalah salah satu penerima teratas pelaburan langsung asing, dan kerajaan yang mesra perniagaan menawarkan pelbagai insentif kepada pelabur.

Mereka juga meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 terbaik untuk memulakan perniagaan.

Sementara itu, World Economic Forum telah meletakkan Malaysia sebagai 8 terbaik daripada 135 negara dari segi kecekapan dalam perbelanjaan Kerajaan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat

Qatar adalah nombor 1 diikuti oleh UAE dan Singapura. Kita di kedudukan ke-8 mengatasi Finland, Sweden, Switzerland, Arab Saudi dan Norway.

Kita bukan dari negara gagal seperti yang sering di momokkan oleh Lim Kit Siang dan Mahathir.

Malah, pada tahun 2016 Indeks Negera Gagal oleh NGO Fund for Peace antarabangsa kita menduduki tempat 115th daripada 177 buah negara – bermakna 114 negara-negara lain yang lebih gagal daripada kita.

Kedudukan nombor satu yang paling gagal adalah Somalia manakala Norway paling kurang gagal di kedudukan 177. Thailand adalah lebih gagal daripada kita di kedudukan ke-74.

Tetapi di bawah pengikhtirafan-hanya-di-Malaysia “Indeks Negara Gagal Lim Kit Siang”, Malaysia adalah berkedudukan yang paling gagal daripada 177 negara – kedudukan yang telah disandang oelh Malaysia untuk 51 tahun berturut-turut sejak 1966.

Negara hanya dijangka berhenti menjadi nombor satu dalam indeks Lim Kit Siang seminit selepas DAP dapat menawan Kerajaan Persekutuan – di mana kita serta-merta akan berubah dari yang paling gagal kepada yang paling berjaya.

Rujukan:
http://reports.weforum.org/global-competitiveness-index/competitiveness-rankings/#series=EOSQ043
https://www.usnews.com/news/best-countries/best-invest-in
http://fsi.fundforpeace.org/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s