Kenaikan Harga Gula, Teh Tarik Satu ‘Gula Kurang’

Terdapat artikel ini bertajuk “End of Sugar Rush” dalam akhbar The Star semalam di mana pemberita menemuramah pekedai kopi mengenai kenaikan harga gula baru-baru ini dan sama ada mereka akan menaikkan harga.

Untuk berlaku adil, sebahagian besar daripada mereka berkata mereka tidak akan menaikkan harga. Ada juga yang berkata bahawa kebanyakan pelanggan sekarang memesan minuman “gula kurang”.

Tetapi kebanyakan mereka mengatakan margin keuntungan mereka akan rendah kerana bukan sahaja harga gula meningkat sejak 2 tahun lalu tetapi terdapat peningkatan harga lain.

Pelbagai alasan mereka berikan termasuk kenaikan harga gula, kenaikan minyak masak, kenaikan petrol dan kenaikan tarif elektrik.

TETAPI….

1) kenaikan harga Gula hanya 11sen per kilogram. Walaupun menggunakan 1 tan gula setiap bulan, tambahan hanya RM111 daripada kos. Macamana ini memberi kesan? Jika benar-benar menggunakan 1 tan gula, iaitu anggaran 50,000 minuman jika menggunakan 20g (5 sudu teh) gula. Sepatutnya keuntungan akan menjadi besar dan RM111 sebulan tidak memberi kesan besar.

2) Pekedai selama ini tidak dibenarkan menggunakan minyak masak bersubsidi. Harga minyak masak tanpa subsidi tidak berubah jadi bagaimana ini memberi kesan kepada perniagaan?

3) Harga Petrol kini RM2.30. Ia adalah RM2.30 sebelum ini iaitu pada Nov 2014 – tidak ada apa-apa perubahan. Dan apabila harga turun kepada RM1.60, adakah kedai-kedai kopi mengurangkan harga mereka?

4) Tarif elektrik tidak dinaikkan sejak 1 Jan, 2014. Malah, pada bulan Mac 2015, ia telah dikurangkan. Jadi bagaimana harga elektrik boleh menjadi sebab untuk menaikkan harga?

Jadi .. ini hanyalah alasan .. sebab mereka mahu menaikkan harga adalah kerana mereka sengaja mahu menaikkan harga kerana pengguna masih mampu dan tetap minum dikedai walaupu harga dinaikkan.

Tetapi adalah menggembirakan, tiada kedai-kedai kopi yang ditemuramah berkata mereka mempunyai rancangan untuk menaikkan harga.

 


Rujukan:

http://www.thestar.com.my/metro/focus/2017/03/11/end-of-the-sugar-rush-cost-crunches-come-together-for-cafes-coffee-shops/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s