Pyongyang Larang Rakyat Malaysia Tinggalkan Korea Utara

SEOUL: Pyongyang hari ini melarang semua warganegara Malaysia meninggalkan Korea Utara, lapor media negara itu, kemungkinan menjadikan mereka tebusan ketika hubungan diplomatik antara dua negara semakin tegang, susulan pembunuhan Kim Jong Nam di klia2 pada 13 Februari.

“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara ini sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik,” kata pegawai Agensi Central News Korea, memetik kenyataan Kementerian Luar negara itu.

Pada masa ini terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, sembilan daripada mereka adalah tiga kakitangan dan 6 ahli keluarga kedutaan dan dua orang merupakan sebahagian daripada peserta Program Makanan PBB.

Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.

Hubungan antara dua negara itu tegang selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari.

https://twitter.com/AFP/status/838943941621788672

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s