Putar Belit Pembangkang Rugikan Rakyat

HULU SELANGOR: Sikap pihak pembangkang yang tidak henti memutar belit dan mempolitikkan isu negara hanya akan merugikan rakyat.

Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata pihak terbabit yang mendakwa kononnya negara akan bankrap setiap tahun, akan menakutkan pedagang luar negara untuk melabur di Malaysia, sekali gus merencatkan ekonomi negara.

“Malah, mereka sanggup menggunakan isu perkauman semata-mata untuk memancing undi, ini satu tindakan berbahaya kepada negara.

“Pembangkang saban hari memupuk kebencian terhadap pemimpin kita (Datuk Seri Najib Razak), burukkan imej negara, akhirnya penduduk kita yang terkesan,” katanya pada Ceramah Rakyat di sini, malam ini.

Ceramah berkenaan menampilkan beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamani.

Mengulas lanjut, Siew Keong berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya menggunakan jawatannya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.

Katanya, dakwaannya itu boleh dilihat ketika Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, membeli banglo mewah dengan potongan harga, malah turut tidak menghiraukan kerisauan penduduk negeri itu berhubung isu rumah kos rendah yang mahal.

“Beliau beli rumah banglo ada diskaun, tapi rumah kos rendah tiada diskaun.

“Cuba anda (rakyat) bayangkan kerajaan dipimpin oleh DAP, mereka ini semua ‘cakap tak serupa bikin’ (janji lain buat lain),” katanya.

20170225-ceramah-rakyat-hulu-selangor-1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s