Kenyataan Fitnah, 2 Lelaki Bergelar Datuk Ditahan Polis

Dua lelaki bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah berkaitan kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan remaja berbasikal, minggu lalu.

Seorang adalah penulis blog berusia 64 tahun yang pernah dipecat daripada UMNO, manakala suspek berusia 61 tahun adalah ahli UMNO Bahagian Pagoh.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek pertama yang berusia 61 tahun ditahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, kira-kira jam 11 malam tadi, manakala suspek kedua ditahan di Villa Taman Tasik di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi tadi.

“Penahanan adalah susulan laporan polis yang dibuat pada jam 1.02 tengah hari semalam berhubung kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut membabitkan remaja berbasikal di bandar raya ini, baru-baru ini.

“Kenyataan itu boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara. Pihak polis bertindak susulan laporan terbabit.

“Kedua-dua lelaki yang ditahan dipercayai menyebarkan kenyataan terbabit menerusi aplikasi Facebook (FB),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, susulan penahanan itu, polis merampas dua telefon bimbit dengan dua kad sim bagi siasatan lanjut.

Dalam kes berkaitan, polis menahan seorang lelaki 65 tahun yang dipercayai membuat kenyataan jelik dan menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan basikal menghadap Sultan Johor pagi semalam.

Katanya, suspek ditahan di Ipoh, Perak, kira-kira jam 10 malam tadi susulan laporan polis yang dibuat kira-kira jam 8.30 pagi semalam berhubung penyalahgunaan laman sosial FB untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan terbabit.

“Polis turut merampas dua keping kad sim dan sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan melalui laman sosial FB,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

20170226-zaharin-ditahan-polis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s