Bolehkah Husam Hilang Kelayakan Bertanding Pilihanraya?

Agak menarik jika kita mengikuti perkembangan kes tuduhan PAS menerima dana RM 90 juta daripada Umno. Selepas Sarawak Report melakukan tuduhan tersebut, PAS mengambil keputusan untuk menyaman portal media yang berpengkalan di UK itu. Dalam perkembangan terbaru, YB Salor, Husam Musa pula medakwa dana itu disalurkan melalui Affin Bank.

Respon awal dari PAS, mereka akan bertindak untuk menyaman Husam sebagaimana yang mereka lakukan terhadap Sarawak Report. Tetapi beberapa hari selepas itu, organisasi Pas di beberapa tempat telah membuat laporan polis berhubung ucapan Husam itu dengan turut mengaitkannya dengan kesalahan jenayah. Mereka bukan sahaja mahu mengambil tindakan sivil terhadap Husam, tetapi juga mendesak pihak berkuasa mendakwa Husam dengan kes jenayah.

Sebenarnya terdapat dua peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap Husam berkaitan dengan kes jenayah. Pertama adalah perkara 499 Kanun Keseksaan yang menyebut tentang hukuman jenayah fitnah. Mereka yang telah membuat laporan polis mendakwa Husam melakukan fitnah dan bertegas bahawa PAS atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah menerima wang berjumlah RM90 juta daripada Umno. Sebanyak tiga Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan seumpama itu iaitu Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutan selain 12 pemuda kawasan yang lain.

Kedua adalah menggunakan peruntukan dari Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Akta-akta tersebut menjamin bahawa maklumat pelanggan mana-mana syarikat kewangan berdaftar adalah rahsia yang tidak boleh diketahui dan didedahkan oleh pihak ketiga. Justeru dakwaan Husam bahawa dia mendapat maklumat wang itu disimpan dalam akaun Affin Bank adalah satu kesalahan jenayah. Laporan berkaitan kesalahan di bawah akta-akta ini dibuat oleh PAS Kawasan Subang.

Perkara ini pernah dikenakan terhadap Rafizi Ramli dalam kes pendedahan skandal NFC yang ketika itu masih mengguna pakai Akta BAFIA. Sekiranya sabit kesalahan ini, seseorang itu bukan sahaja boleh dipenjarakan dan didenda, malah akan hilang kelayakan untuk menjadi wakil rakyat.

Melalui akta ini, polis boleh meminta waran tangkap dikeluarkan. Polis boleh melakukan soal siasat dan pilihan Husam hanya dua; mengaku bersalah memiliki maklumat rahsia dan beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, ataupun mengaku kenyataan tersebut hanyalah sebuah penipuan dan imej beliau akan terjejas teruk. Dalam kedua-dua situasi ini, Husam akan kerugian besar.

Selepas laporan-laporan ini dibuat, Husam terus berdiam diri. Nampaknya beliau seperti tersilap langkah menggunakan isu ini untuk menyerang PAS. Walaupun menggunakan perkataan berlapik seperti “saya teka”, PAS langsung tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan mendesak pihak berkuasa mendakwa beliau atas kesalahan jenayah. Mungkin ini yang tidak dijangka oleh Husam.

20170222-husam-musa-hilang-kelayakan-bertanding-pru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s