Lim Guan Eng Samakan 4 Pemimpin DAP Keluar Parti Seperti Pemimpin PAN

Cuba tanya Tokong Guan Eng, adakah pemimpin PAS yang keluar parti selepas kalah pemilihan parti sama seperti pemimpin DAP Melaka yang keluar parti?

20170214-guan-pemimpin-dap-keluar-parti

————-
Guan Eng dakwa tewas pemilihan parti punca keluar parti

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng mendakwa, tindakan empat wakil rakyat parti itu di Melaka yang keluar parti disebabkan rasa kecewa selepas tewas dalam pemilihan parti peringkat negeri tersebut Disember 2015.

Dalam masa sama, beliau mengakui tidak menjangkakan tindakan empat wakil rakyat berkenaan keluar parti dan menerima kesilapan mempercayai mereka akan kekal setia bersama parti berkenaan.

“Sangat jelas mereka tidak boleh menerima penolakan ahli akar umbi DAP Melaka yang membawa kepada kekalahan mereka pada pemilihan peringkat negeri 2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

—-
https://www.utusan.com.my/berita/politik/guan-eng-dakwa-tewas-pemilihan-parti-punca-keluar-parti-1.443870

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.