Kaji 3 aspek sebelum buat keputusan, kata bekas CEO Proton

Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holdings Bhd (Proton) menggesa syarikat kereta nasional negara terlebih dahulu mengkaji beberapa aspek terutama nilai tambah yang mampu ditawarkan rakan kongsi strategik terbaharunya sebelum membuat keputusan.

Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata demikian susulan spekulasi mengenai Geely Automobile Holdings Ltd (Geely) dari China yang menunjukkan minat menjadi rakan kongsi baru Proton.

“Sebagai pemegang saham saya yakin Proton memberikan nilai yang terbaik,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali menyatakan Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategik pada awal April ini.

Walaupun masih belum jelas siapa rakan kongsi terbaru yang dipilih, ramai melahirkan pandangan mengenai perkembangan syarikat kereta nasional negara itu.

Dilaporkan Geely yang turut memiliki Volvo berada di kedudukan teratas dalam usaha menjadi rakan kongsi strategik Proton.

Selain Geely, pengeluar ke-2 terbesar di Eropah, PSA Group Of France yang menghasilkan jenama terkenal seperti Peugeot dan Citroen turut menawarkan diri.

Mengulas lanjut, Zainal berpandangan aspek ke-2 yang perlu dilihat oleh Proton adalah teknologi yang akan diterima daripada rakan kongsinya.

“Perlu lihat teknologi yang akan diperoleh daripada rakan kongsi. Saya rasa Geely bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Tambahnya, aspek ke-3 adalah kemampuan rakan kongsi strategik menawarkan pasaran kepada syarikat nasional negara itu.

Menurutnya, jika Geely menjadi rakan strategik Proton, ia juga mungkin memberi peluang kepada Proton meneroka pasaran di China.

“Mungkin ada peluang Proton mempunyai manfaat di sana. Itu kumungkinan, sama ada boleh berlaku atau tidak terpulang kepada rundingan yang ada.

“Saya rasa pihak pengurusan Proton lebih tahu untuk menilai kertas kerja itu dan membuat keputusan terbaik untuk Proton,” katanya

Geely adalah sebuah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang.

Pada 2009, Geely membuat kejutan dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo.

Pada tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah sejuta unit.

20170214-proton-rakan-strategik

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s