EKSPORT MINYAK SAWIT KE CHINA MENINGKAT SUSULAN LAWATAN PM

Adakah kita tahu berapa ramai orang – terutamanya peneroka FELDA dan pekebun kecil mendapat manfaat daripadanya?

Ini kerja sebenar untuk manfaat rakyat dan negara – bukan sabotaj seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir, Rafizi dan geng pembangkang.

EKSPORT MINYAK SAWIT KE CHINA MENINGKAT SUSULAN LAWATAN PM

TELUK INTAN: Malaysia kini kembali menjadi pengeksport terbesar minyak sawit sebagai minyak makan ke China, sekali gus mengatasi Indonesia, apabila mencatat peningkatan 53.6 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir 2016.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ia adalah perkembangan positif dengan lonjakan jumlah eksport minyak sawit negara daripada 647.1 tan bagi tempoh Januari hingga Jun 2016 kepada 993.9 tan antara Julai dan Disember tahun yang sama.

“Import minyak sawit Malaysia ke China merosot kira-kira 50 peratus pada Januari hingga Jun 2016 berbanding tempoh sama 2015. Pada Januari hingga Jun 2016, kita hanya mengeksport 647.1 tan berbanding Indonesia yang mengeksport 1,256.9 tan.

“Namun kemudiannya, kita mengatasi (jumlah) eksport minyak sawit Indonesia pada suku ketiga dan keempat, yang menyaksikan prestasi eksport mereka menurun 21 peratus kepada 993.2 tan metrik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat seorang warga emas berusia 100 tahun yang tinggal di Jalan Woo Saik Hong di sini, dengan diiringi Kaunselor Menteri Kedutaan China ke Malaysia, Ma Jia.

Siew Keong berkata, peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke China adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada awal November tahun lalu.

Sementara itu, Ma berharap Malaysia akan kekal sebagai pengeksport utama minyak sawit sebagai minyak makan ke China pada masa hadapan.

Ketika lawatan di Beijing, pada 3 November, 2016 Najib mahu China kembali menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai import minyak makan terbesar negara itu.

Perkara berkenaan dibangkitkan ketika pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping ketika mesyuarat delegasi di rumah tetamu kerajaan di Diaoyutai, dan Xi menyambut baik cadangan itu.

Malaysia pernah menjadi pengeksport minyak makan terbesar ke China, namun selepas itu berada di belakang Indonesia dan Kesatuan Eropah.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1326152

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s