NAJIB MAHU LAKSANA SUBSIDI BERSASAR, ELAK KETIRISAN

Kerajaan akan mengguna pakai dua pendekatan baharu dalam mendekati rakyat termasuk mengubah dasar subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar dalam memastikan bantuan yang disampaikan, mencapai kumpulan sasar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata sistem bantuan ataupun subsidi secara pukal perlu diubah kerana terdapat pembaziran dan ketirisan dalam sistem pelaksanaannya memandangkan warga asing serta pelancong turut menikmati bantuan itu.

“Kita nak ubah dasar daripada bantuan secara pukal, subsidi pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar ataupun ‘targeted assistance’ and ‘targeted subsidy’. Ini kerana kalau bantuan diberi pukal ataupun subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku.

“Kalau subsidi minyak, siapa untung, mereka yang ada kereta besar lagi untung, mereka yang jadi pelancong, pekerja asing pun untung,” katanya ketika berucap merasmikan ‘Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor’ di Sekolah Kebangsaan Ijok di Bestari Jaya pada Jumaat.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa sekiranya kerajaan dapat berjimat menerusi subsidi minyak, dana yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk disalurkan bagi bantuan lain yang lebih bersasar dan menguntungkan rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak pembangkang yang dilihat sering mengkritik kerajaan setiap kali harga minyak naik sedangkan peningkatan itu bukan salah kerajaan kerana ia ditentukan pasaran dunia.

Beliau secara sinis berkata pembangkang membisu apabila kerajaan berjaya meningkatkan harga sawit sehingga RM3,300 setan.

Beliau berkata kenaikan harga komoditi itu adalah hasil kejayaan beliau ke China Oktober tahun lepas, apabila negara itu bersetuju meningkatkan pembelian komoditi sawit dari Malaysia.

“Harga sawit naik RM3,300 setan, harga getah pun naik tiga kali ganda. Malah, saya pernah tanya seorang pesara guru yang ada empat hektar kebun sawit. Dia sekarang dapat pendapatan bersih RM4,000 sebulan,” katanya.

Perdana menteri dalam kunjungan ini turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk membangunkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Sungai Sembilang di sini sebagai hab agro pelancongan utama di negara ini.

Katanya kawasan Kuala Selangor berpotensi besar dalam industri agro pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada bukan hanya golongan nelayan tetapi juga kepada seluruh rakyat di kawasan Parlimen itu.

“Kita kena ubah cara berfikir untuk segarkan lagi kawasan kita. Misalnya, saya memberi peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan membangunkan Sungai Sembilang (Jeti) sebagai hab nelayan. Apa yang akan berlaku adalah nelayan boleh jadi orang menjual tangkapan ikan sendiri, bukan melalui orang tengah.

“Dengan cara ini peningkatan pendapatan nelayan dua kali ganda akan berlaku,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan monumen Transformasi Nasional 2050 (TN50) SK Ijok sebagai simbolik kepada usaha serta visi kerajaan dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Beliau juga melawat dan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada seorang ibu tunggal, Mariamah Haji Yaakob, 70, di rumahnya di Kampung Jalan Kemajuan, Batu 8, Ijok di sini.

Katanya beliau telah mengarahkan Irmohizam untuk meneliti bantuan yang diperlukan ibu tunggal itu termasuk bantuan menggantikan zink rumah yang usang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s