APANDI TUNTUT SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata, permohonan tersebut sudah difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis.

“Permohonan itu, yang difailkan di ICJ telah dibuat oleh Malaysia berdasarkan penemuan beberapa fakta tertentu yang menjadikan faktor penentu.

“Ia sebenarnya, apabila penghakiman sebelum itu diberi, tidak diketahui oleh pihak mahkamah dan juga Malaysia sebagai pihak yang menuntut semakan.

“Kami juga yakin bahawa kehendak yang ditetapkan di bawah Artikel 61 Statut ICJ telah dipenuhi, antara lain, permohonan untuk semakan semula itu.

“Ia perlu dibawa dalam tempoh enam bulan daripada penemuan fakta baharu tersebut dan dalam 10 tahun daripada tarikh penghakiman,” katanya.

Beliau berkata permohonan Malaysia untuk mendapatkan semakan semula terhadap penghakiman itu adalah kesinambungan daripada proses yang dimulakan sejak 9 Mei 2003 oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Dua negara berjiran itu bersetuju untuk menyerahkan pertikaian berkaitan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) kepada ICJ (“Perjanjian Khas”).

Mohamed Apandi seterusnya berkata bahawa penemuan fakta baharu tersebut adalah penting dan perlu dibawa kepada mahkamah berkenaan.

“Oleh itu, seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di dalam Perjanjian Khas, ICJ merupakan forum yang sesuai untuk membicarakan isu ini semula,” katanya.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) merupakan milik Malaysia.

Pulau Batu Puteh seluas dua padang bola sepak terletak di 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh, Kota Tinggi, Johor dan 25.5 batu nautika dari Tampines, timur Singapura.

20170203-rayuan-pulau-batu-putih-ag


Berita terdahulu:

KENYATAAN TERKINI PEGUAM NEGARA: ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH?

Akhirnya. Membetulkan salah satu lagi yang dilakukan oleh seorang Peguam Negara yang lepas.

Fakta-fakta baru ditemui yang entah macamana Peguam Negara sebelum ini boleh terlepas pandang.

——–
ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH ?

Nampaknya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah sengaja kalah dalam kes pertikaian wilayah di Pulau Batu Puteh kepada Singapura selepas didakwa menerima rasuah.

Baca seterusnya disini:
http://says.com/my/news/attorney-general-malaysia-receive-bribe-lost-pulau-batu-puteh-case

Pulau Batu Puteh pada asalnya dalam wilayah Kesultanan Johor yang diasaskan pada tahun 1528, dan kekal di bawah Kesultanan baru Johor di bawah pengaruh sfera British berikutan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 antara United Kingdom dan Belanda .

Baca seterusnya disini:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pedra_Branca,_Singapore

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s