JIKA BENAR HANYA 6.6% “CYBERTROOPER” PRO BN, ADAKAH INI BERMAKNA….

PARTI UMNO dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa operasi dalam talian yang pro kerajaan hanya mewakili 6.6 peratus atau nisbah satu kepada 15 ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC semalam.

Beliau bagaimana pun tidak mendedahkan dari mana data tersebut diperolehi. Dalam masa yang sama, ramai juga pihak yang mempertikaikan kenyataan beliau itu.

Mungkin tujuan Zahid sekadar untuk membangkitkan semangat di kalangan ahli UMNO agar bergerak dengan lebih agresif dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 dalam masa terdekat. Namun perkara tersebut telah menguris hati beberapa pihak yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat lelah dalam mempertahankan kerajaan di media sosial.

Mereka mula mempertikaikan kesahihan data tersebut. Adakah ianya diperolehi dari sumber yang sahih atau pun sekadar angka yang beliau pilih memandangkan Zahid dikatakan tidak begitu “mesra” media sosial.

Dari sudut yang lain pula, beliau dilihat sebagai gagal membezakan diantara penguna media sosial bermusim dengan penguna media sosial tegar yang merupakan “cybertrooper” sebenar.

Zahid mengesa agar Umno belajar daripada kejayaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial. Kedua-dua tokoh itu tidak popular tetapi akhirnya membawa parti mereka memenangi pilihan raya melalui kebijaksanaan dan keberkesanan pengunaan media sosial.

Beliau juga mengulangi dakwaan bahawa pembangkang telah menghantar pasukan cybertrooper mereka sendiri untuk “latihan” di Taiwan, Eropah dan negara-negara lain. Menurut Zahid, terdapat kajian yang dijalankan mendapati cybertrooper pembangkang telah mengekalkan lebih 90 peratus pengaruh kawalan ke atas media sosial.

Secara logiknya angka tersebut diragui memandangkan beberapa faktor seperti definasi penguna media sosial sebenar dan juga “trend” yang berlegar dalam medium tersebut. Hampir kesemua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam media sosial dapat dijawab dengan pantas dan berhemah.

Cuma masalah sering timbul apabila ianya melibatkan taktik propaganda mengulangi berita palsu oleh pihak pembangkang. Dalam perkara ini, kita perlu peka dengan kecenderungan manusia yang lebih suka menyebarkan fitnah daripada kebenaran. Walaubagaimana pun penerangan berkenaan sesuatu isu perlu terus diberikan penekanan perhatian dalam membalas serangan pihak pembangkang tersebut.

Selain daripada itu juga, tindakan tidak bertanggungjawab di kalangan rakyat Malaysia sendiri yang turut suka menyebarkan fitnah yang dibawa oleh pembangkang mungkin merupakan penyumbang kepada berleluasanya propaganda mereka.

Ahli UMNO perlu bijak menilai diantara kebenaran fakta dan tohmahan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Dalam kehangatan perdebatan dan perbincangan mengenai isu 6.6% ini, sepatutnya kita tidak hilang fokus berkenaan tugas sebenar iaitu untuk memastikan Barisan Nasional terus menerajui Malaysia bagi memastikan keamanan, kemajuan dan kebajikan semua rakyat akan terus terpelihara dengan baik.

Angka 6.6% ini hanyalah angka. Bukanlah realiti sebenar.

20170122-zahid-hamidi-majoriti-cybertrooper-tentang-kerajaan-wanita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s