93.4% ‘CYBERTROOPER’ MENENTANG KERAJAAN – ZAHID HAMIDI

Yang dalam parti dan berkemampuan sedang melayan gaya hidup mewah mereka, mana peduli soal mempertahankan kerajaan.

Tinggal lah yang kais pagi makan pagi ikhlas mempertahan kerajaan setakat kemampuan mereka.

Jangan kata penghargaan walaupun ucaoan terima kasih malah di cebik oleh anggota parti yang senang lenang hasil dari orojek kerajaan.

Korang cakap lah berdegar dan berkursus mengabis duit parti, kami dengan cara kami akan terus mempertahan kerajaan walau dipandang sepi dan dicemuh.

20170122-zahid-hamidi-93peratus-cybertrooper-menentang-kerajaan
_____________

Timbalan perdana menteri berkata jumlah cybertrooper yang mempertahankan kerajaan jauh ketinggalan berbanding yang menentang.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata berdasarkan kajian hanya 6.6% kumpulan cybertrooper mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4% menentang.

“Kajian mendapati 6.6% kalangan aktivis cybertrooper menyokong kerajaan manakala 93.4% menentang apa yang dilakukan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kesan daripada kejayaan kumpulan cybertrooper yang menentang agenda pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah dan Umno khasnya.

“Persepsi terhadap kita terlalu negatif, persepsi terhadap Umno negatif, persepsi terhadap BN negatif, persepsi terhadap kerajaan negatif, persepsi terhadap kepimpinan juga negatif.

“Mengikut kajian beberapa ahli akademik mengatakan persepsi negatif ini berada di tahap 87%. Kenapa?

“Kalau 93.4% cybertrooper yang menyokong kerajaan, kita dapat menguasai media siber dan persepsi buruk terhadap kerajaan dapat ditenggelamkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli Umno termasuk sayap Wanita supaya keluar daripada kepompong lama dan tidak terlalu bergantung kepada media konvensional, tetapi guna media baharu untuk menerangkan agenda kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

“Ini hakikat, kalau kita masih guna sistem konvensional maka tidak akan berlaku transformasi minda, sedangkan peperangan sekarang dikuasai peperangan pemikiran,” katanya.

Zahid turut menjadikan kejayaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi sebagai tokoh yang berjaya menjadi pemimpin hasil penguasaan media, walaupun tidak digemari rakyat negara mereka.

20170122-zahid-hamidi-majoriti-cybertrooper-tentang-kerajaan-wanita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s