MAHATHIR ‘TERPERANGKAP DALAM MASA SILAM’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Dr Mahathir menggunakan idea lapuk untuk menghentam pelaburan baharu.

Johor dan kerajaan persekutuan tidak akan pernah membenarkan hak rakyat Malaysia dicerobohi, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, susulan kebimbangan mengenai penjualan tanah kepada warga asing di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penjualan tanah kepada warga asing.

Baru-baru ini, Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap penjualan tanah kepada pemaju China di wilayah Iskandar, Johor dan projek akan datang yang didakwanya akan menyebabkan “jutaan” rakyat China berhijrah ke sini.

Dr Mahathir juga mendakwa penghijrahan besar-besaran warga China akan memberi kesan kepada landskap politik dan ekonomi Malaysia.

Rahman berkata walaupun tanah ialah isu negeri, ada undang-undang dan peraturan mencukupi di peringkat negeri dan persekutuan untuk menyediakan imbang dan periksa.

Beliau juga menafikan yang Johor hanya menarik pelaburan langsung asing (FDI) menerusi penjualan tanah kepada warga asing.

“Sejak 2012, Johor menandingi Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri utama dalam menarik pelaburan pembuatan,” katanya, menambah ia menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi yang penting.

Rahman berkata Dr Mahathir masih “tersekat dalam masa silam” dan tidak dapat menerima yang syarat untuk ekonomi Malaysia berkembang kini sudah berbeza.

“FDI bukan saja tentang pelaburan dalam industri pembuatan. Bagi menggerakkan Malaysia ke peringkat seterusnya dalam pembangunan ekonomi kita ke arah negara berpendapatan tinggi, kami perlu membangunkan sektor perkhidmatan.

“Projek Forest City yang sering diserang Dr Mahathir dengan menggunakan isu perkauman ialah sebenarnya contoh FDI dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Bagaimanapun, Rahman berkata kerajaan masih menghargai sektor pembuatan, tetapi ia hanya mahu pembuat yang ada nilai tambah dengan lebih automasi, bukan pembuatan kos rendah.

“Kita boleh terus mengenai tentang pembuatan kos rendah, atau kita boleh maju ke depan untuk jadi negara berkembang. Ia pilihan rakyat, bukan pilihan individu tertentu,” katanya dan menambah Malasia tidak boleh lagi bersaing berdasarkan kepada industri pembuatan kos rendah.

20170121-rahman-mahathir

Berkaitan:

MAHATHIR TERUS MENYERANG FOREST CITY DI BLOG BELIAU

FOREST CITY: MAHATHIR DITIPU OLEH BLOOMBERG DAN TIDAK SEDAR DIPERGUNAKAN OLEH SINGAPURA

FDI: SEKTOR PEMBUATAN JAUH MELEBIHI ERA MAHATHIR – APA LAGI MAHATHIR KECOH MENGENAI FOREST CITY?

FDI: MAHATHIR TERUS TERJEBAK DALAM PERANGKAP PELABURAN MODEL LAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s