MAHATHIR SALAH PILIH SULTAN DAN NEGERI UNTUK DISERANG

Sesiapa yang telah ke Johor pada tahun-tahun kebelakangan ini akan dapat melihat pembangunan ekonomi yang pesat di sana.

Ia juga tidak benar bahawa Johor telah mengabaikan pelaburan sektor pembuatan seperti yang dakwa oleh Mahathir.

Johor menjadi nombor satu dalam menarik pelaburan pembuatan di kalangan semua negeri setiap tahun sejak 2013, Ia juga adalah yang kedua pada tahun 2012 dan ke-3 tertinggi pada tahun 2011.

Inilah sebabnya mengapa median pendapatan isi rumah bagi negeri Johor meningkat 76% dari tahun 2009 hingga 2014 dan kini adalah lebih tinggi daripada Pulau Pinang. Johor juga berada diatas untuk median purata kenaikan gaji 2010-2015 dan juga mengatasi Pulau Pinang dalam tempoh ini.

Tanah adalah isu negeri dan Johor mempunyai undang-undang tanah yang sangat ketat ke atas pemilikan asing dan status tanah rizab Melayu.

Di atas inisiatif Persekutuan seperti PR1MA untuk memenuhi goongan kelas menengah, Johor juga mempunyai pelan sangat menarik bagi rancangan perumahan kos rendah dan rancangan perumahan rumah mampu dimiliki dan dasarnya.

Sejak tahun 2013, kerajaan Johor telah mensyaratkan pemaju untuk mempunyai 40% daripada hartanah kediaman di projek-projek mereka berada di bawah skim perumahan mampu milik, dari kuota sebelum yang terdiri daripada 20% kepada 35%.

Kerajaan Johor akan mencapai sasarannya menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat di negeri ini pada tahun 2020 dan mencapai kemajuan yang amat baik dengan 6,430 unit telah siap dibina pada akhir tahun 2016, menjadikan jumlah disiapkan sejak 2014 hingga 10.061 unit.
Tindakan Mahathir untuk terus menyerang pelaburan dan pembangunan sektor perkhidmatan asing dan mengutamakan sektor pembuatan terus mensabotaj ekonomi dalam era ekonomi global yang tidak menentu dan juga mensabotaj rancangan Kerajaan untuk bergerak bagi meningkatkan tahap pendapatan rakyat Malaysia dan mencapai status negara maju.

Atas sebab-sebab politik kepentingan peribadi, Mahathir memperkecilkan kebajikan dan kehidupan 3.5 juta orang Johor.

Bertaubat lah Mahathir.

Adakah Mahathir akan ‘bising’ jika sekiranya kerja membangunkan Forest City diberikan kepada kroni-kroni beliau atau anak-anaknya?

20170117-sultan-johor-forest-city

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s