LELAKI DITAHAN KERANA CATATAN FITNAH MENGENAI ADENAN DI FB

Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

“Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Dev berkata setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.

“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s