INDEX PENGELURAN PERUNDUSTRIAN MALAYSIA (IPI) BERKEMBANG 6.2% PADA NOVEMBER 2016 BERBANDIBG TEMPOH SAMA TAHUN SEBELUMNYA

Indeks pengeluaran perindustrian Malaysia (IPP) meningkat 6.2% pada November 2016 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Pertumbuhan 6.2% telah melebihi unjuran penganalisis dan tertinggi bagi 2016. Malah, ia adalah pertumbuhan yang paling pesat selama 20 bulan.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan hari ini, pertumbuhan yang kukuh disebabkan oleh indeks yang lebih tinggi dalam semua sektor, iaitu pembuatan (6.5%), perlombongan (4.7%) dan elektrik (9.7%).

Seperti yang telah di nyatakan sebelum ini, IPI adalah penunjuk utama – yang bermaksud ianya menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia boleh menjadi lebih baik daripada yang dijangkakan pada suku ke-4 KDNK kerana ia menunjukkan permintaan dalam sektor luaran dan permintaan dalaman.

Sementara itu, sektor pembuatan mencatatkan rekod jualan RM60.1 bilion pada bulan November 2016, peningkatan sebanyak 8.2% atau RM4.6 bilion daripada RM55.5 bilion tahun lepas.

Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan pada November 2016 adalah 1.03 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 0.2% atau 1954. – Bermakna pekerjaan terus bertambah bukannya menguncup.

Produktiviti meningkat 8.0% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya – menepati seperti apa yang Malaysia telah disasarkan, pertumbuhan daripada peningkatan produktiviti. Setiap pekerja pembuatan kini menghasilkan RM58,301 jualan setiap bulan.

Mungkin ramalan Pakatan dan Mahathir bahawa Malaysia akan bankrap terpaksa ditangguhkan lagi.

20170112-index-pengeluaran-perundustrian-ipi-november-2016-600px

20170112-index-pengeluaran-perundistrian-ipi-november-2016-350px

http://www.econotimes.com/Malaysian-industrial-output-growth-surges-year-on-year-in-November-482759

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s