[VIDEO] ULAT DALAM SOS CILI DI OLDTOWN WHITE COFFEE

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan menyiasat dakwaan rangkaian kopitiam popular di Nilai menghidangkan sos cili mengandungi ulat kepada pelanggannya.

Ini berlaku selepas klip video pendek mengenai kejadian itu tersebar di Facebook.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Abdul Rahim Abdullah memberitahu pegawainya akan bekerjasama dengan jabatan penguat kuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk mengesahkan kesahihan video tersebut.

“Jabatan Kesihatan Seremban sedang mengambil tindakan,” katanya dalam mesej WhatsApp.
Beliau berkata, walaupun tiada aduan rasmi dibuat dengan jabatan kesihatan atau majlis, jabatan itu masih boleh menyiasat cawangan berkenaan.

Video berdurasi satu setengah minit, dipos pada halaman Facebook “We Are Malaysian India”, menunjukkan beberapa ekor ulat di dalam piring sos cili.

Pelanggan, yang memfokuskan kepada piring itu, turut merakamkan perbualan ringkas dengan pelayan yang memakai seragam OldTown White Coffee.

Pelayan itu didengar memberitahu pelanggan yang rakaman itu tidak berguna.

Video ini dilihat lebih sejuta kali dan dikongsi di Facebook lebih 20,000 kali.

Sementara itu, dalam post Facebook, OldTown White Coffee berkata ia menyedari kewujudan video itu di laman web rangkaian sosial dan akan menjalankan siasatan.

“Penemuan kami setakat ini mengesahkan ia adalah isu terpencil di cawangan kami di Giant Nilai.

“Kami dalam komunikasi langsung dan aktif dengan pengadu serta sedang berusaha membetulkan isu ini dengan segera.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan yang keutamaan kami adalah kualiti makanan; keselamatan dan kebersihan dan kami sedang melakukan semua yang boleh untuk membetulkan isu ini.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s