PEKERJA ASING MERUSUH DI ARAB SAUDI DIHUKUM PENJARA, SEBAT

RIYADH: Berpuluh-puluh pekerja asing dihukum sebat dan penjara kerana merusuh susulan gaji mereka tidak dibayar oleh Kumpulan Binladin Arab Saudi, beberapa bulan lalu.

Akhbar Al-Watan dan Arab News tidak menyatakan kewarganegaraan 49 pekerja itu dan kakitangan kedutaan yang dihubungi pula gagal memberikan perincian lanjut.

Sejak awal tahun lalu, Al-Watan mengikuti kes Binladin dan berkata sejumlah pekerja asing yang jumlahnya tidak diketahui dihukum penjara empat bulan dan 300 sebatan kerana memusnahkan harta awam dan mencetuskan kekacauan.

Sementara itu, sejumlah pekerja asing lain turut dipenjara 45 hari di sebuah mahkamah di Makkah.

Pekerja sektor binaan kebanyakannya di Kumpulan Binladin dan satu lagi syarikat, Saudi Oger terpaksa menunggu gaji mereka selepas kejatuhan pendapatan minyak yang menyaksikan kerajaan negara itu gagal membayar kontrak syarikat swasta yang dilantik.

Mei lalu, Arab News melaporkan pekerja tidak dibayar gaji membakar beberapa bas Kumpulan Binladin di Makkah.

Ketika itu, pihak berkuasa mengesahkan tujuh bas dibakar tetapi tidak mendedahkan puncanya.

Seorang jurucakap Kumpulan Binladin gagal dihubungi untuk ulasan, hari ini.

Syarikat itu menjadi pilihan dalam membangunkan bangunan utama di Arab Saudi, ia ditubuhkan lebih 80 tahun lalu oleh bapa kepada pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Tahun lalu, Kumpulan Binladin menyatakan ia menyelesaikan bayaran kepada 70,000 pekerja yang dihentikan.

Pekerja yang masih bersama syarikat akan menerima gaji mereka selepas kerajaan melangsaikan baki bayaran kontrak, kata syarikat itu.

20170103-pekerja-asing-merusuh-arab-saudi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s