PARAS 5 SUNGAI DI TERENGGANU CATAT KENAIKAN

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan yang melanda beberapa daerah di Terengganu menyebabkan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu di publicinfobanjir.water.gov.my, lima sungai telah melepasi paras normal akibat taburan hujan yang terlalu lebat. Sungai berkenaan ialah Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu yang mencatat paras bahaya 20.36 meter berbanding paras normal 16.5 meter.

Dua lagi sungai ialah di Setiu iaitu Sungai Chalok yang naik setinggi 7.7 meter berbanding paras normal 5.0 meter dan Sungai Nerus di Kampung Langkap pada paras 20.06 meter berbanding paras normal 17 meter.

Sungai Besut di Kampung La pula naik ke paras 19.82 meter berbanding paras normal 16.5 meter dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan yang naik ke paras 2.07 meter berbanding paras normal satu meter.

Penduduk di kawasan terjejas di di sekitar Hulu Terengganu dilapor dalam proses berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

20161231-banjir-setiu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s