SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 DIIKAT JAMIN SEJUMLAH RM13 JUTA

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi, menetapkan jaminan RM10 juta dengan dua penjamin tempatan kepada bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Awang Mohd Tahir Mohd Talib.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad ketika membuat keputusan itu turut mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh berusia 51 tahun itu diserahkan kepada mahkamah.

Ummu Kalthom turut menetapkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin tempatan terhadap isteri bekas pengarah terbabit, Fauziah Piut, 51, selain menyerahkan pasport antarabangsa.

Bekas timbalan pengarah di jabatan sama yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, dibenarkan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin tempatan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farez Rahman, Husmarudin Husin, Rozana Abd Hadi dan Rustam Sanip.

Awang Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam, Hairul Vaiyron Othman dan Ariel C Dasan, manakala Lam Beng diwakili peguam Chin Tek Ming, Baldev Singh serta Karpaljit Singh.

Terdahulu, Husmarudin dalam hujahnya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10 juta bagi semua pertuduhan terhadap Awang Mohd Tahir kerana ia kesalahan serius iaitu sitaan wang dan harta terbesar pernah dilakukan SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasaan di negara ini.

“Ini juga penyelewengan penjawat awam di Sabah yang diamanahkan mengurus sumber penting iaitu air,” hujahnya sambil memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Husmarudin juga memohon jaminan masing-masing RM2 juta kepada Fauziah dan Lam Beng dengan pasport mereka diserah kepada mahkamah.

Hairul Vaiyron pula memohon jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Awang Mohd Tahir dengan alasan tertuduh tidak akan meninggalkan Sabah kerana berasal dari negeri ini, selain berkhidmat di JANS sejak 1987 serta menanggung tiga anak termasuk seorang masih menuntut di United Kingdom.

Beliau juga memohon jaminan RM100,000 kepada Fauziah bagi semua 19 pertuduhan.

Tek Ming pula meminta mahkamah menawarkan jaminan kurang RM100,000 kepada Lam Beng bagi semua empat pertuduhan.

Terdahulu, Awang Mohd Tahir didakwa atas 12 pertuduhan, isterinya 19 pertuduhan dan Lam Beng empat pertuduhan. Awang Mohd Tahir dan Fauziah turut didakwa atas dua pertuduhan bersama kerana memiliki 575 dan 346 barang kemas pelbagai jenis.

20161229-rasuah-jans-3-didakwa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s