ANINA DAKWA DISINGKIR KERANA ‘SKANDAL MESEJ SEKS BODOH’

Ooooo. Cap Bunga ialah parti bodoh dan alasan semua keliruan ini ialah kerana merupakan “kesilapan teknikal”.

Angkat sumpah pun “kesilapan teknikal”. Betul kata Anina; “Parti bodoh”.

Memang Parti Virus.

* yang nak disampaikan bukan skandal seks beliau kerana pemecatan itu sendiri menunjukkan parti cap bunga mengesahkan skandal itu benar berlaku.

Apa yang hendak disampaikan adalah kebodohan parti cap bunga seperti yang diperakui sendiri oleh salah seorang pengasas dan penggerak utama, Anina.


ANINA DAKWA DISINGKIR KERANA ‘SKANDAL MESEJ SEKS BODOH

Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.

“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya.

“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

Beliau bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.

Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.

Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.

“Saya nak tahu jawapan mereka, kemudian barulah saya akan beritahu perasaan saya.

“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir banyak,” kata Anina.

Wanita itu mula terkenal selepas mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.

Ia disusuli pendedahan Najib menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk Umno.

20161226-anina-pribumi-skandal-seks-pecat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s