JENAZAH SUAMI ISTERI DIKEBUMI DI KG BALUN, SLIM RIVER – 3 ANAK MASIH DI HOSPITAL

SLIM RIVER: Jenazah Ridzuan Rajak, 33, dan Intan Maizura Aidul Badri, 34, mangsa kemalangan maut di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara-Selatan semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balun di sini, pagi ini.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Bilik Mayat Hospital Slim River di sini ketika ahli keluarga pasangan suami isteri yang maut itu menuntut jenazah mangsa pagi tadi.

Abang kepada Intan Maizura, Khairul Izuan, 37, berkata walaupun sedih dan terkejut dengan kematian pasangan itu, mereka menerimanya sebagai takdir Ilahi.

“Walaupun kedua-duanya tidak menetap di sini, keluarga arwah bersetuju jenazah mereka dikebumikan di sini untuk memudahkan urusan menziarah tanah perkuburan,” katanya.

Sementara itu, tiga anak pasangan itu, Rania Elysya, 2; Ayra Batrisya, 4; dan Mia Dhelusya, 6, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Difahamkan, seorang daripada mereka masih lagi koma dan dua lagi patah kaki.

20161221-kemalangan-slim-river

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s