KAJI SEMULA CADANGAN NAIK TAMBANG BAS SEKOLAH TAHUN DEPAN – AZIZ KAPRAWI

BATU PAHAT: Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia diminta mengkaji semula cadangan persatuan itu untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata beliau berpendapat cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang, sebaliknya pihak persatuan wajar berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Pihak persatuan seharusnya berbincang dengan pelbagai pihak termasuk PIBG bagi mendapatkan kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa cadangan kenaikan berhubung tambang bas sekolah.

“Pada saya tidak sesuai tambang bas sekolah dinaikkan mulai Januari depan, apatah lagi ibu bapa pasti terbeban berikutan sesi persekolahan baharu bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program mempertingkatkan kehidupan baru pesakit kanser anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Pusat Komuniti dan Sukan Parit Raja, dekat sini, hari ini.

Ab Aziz berkata demikian sebagai mengulas laporan Buletin Pagi TV3 hari ini yang melaporkan kadar baharu tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2017 mungkin dinaikkan antara RM10 hingga RM20 sebulan.

Pengerusi Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, Ahmad Fauzi Murad dilaporkan berkata, kenaikan itu perlu berikutan tiada kenaikan tambang perkhidmatan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ahmad Fauzi berkata, selain itu penarikan balik subsidi diesel oleh kerajaan sejak tahun 2012 juga cukup membebankan pengusaha bas sekolah.

20161219-aziz-kaprawi-ramah-mesra-pesakit-kanser

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s