KOS KESELURUHAN MRT 51KM RM21B BUKAN CUMA FASA 1: RAFIZI NAK BODOHKAN PENGIKUT YANG MEMANG BODOH

Rafizi marah kepada cybertrooper UMNO kerana menyerang pembohongan beliau tahun 2012 semalam.

http://pakdin.my/kos-projek-mrt-sotong-rafizi-bergurau-menghasut-dan-memfitnah/

Untuk mempertahankan diri, Rafizi mendakwa (berbohong lagi) dengan mengatakan RM21 bilion (RM2 bilion dibawah bajet sebenar) adalah bagi jajaran 21km yang baru dibuka kelmarin – RM1 bilion bagi setiap kilometer.

Fakta sebenar adalah, Najib berkata ianya adalah bagi keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT1 berharak 51km.

Bangang punya Rafizi

Rafizi berbohong lagi.

Oh ya.. “Tugas kamu memang untuk menghasut rakyat tiap-tiap rakyat untuk benci Najib dan BN” – seperti apa yang dia sendiri akui


Rujukan:
Fakta kos sebenar RM21b untuk 51km
http://www.mymrt.com.my/cms/upload_files/mediarelease/mediarelease_download_000922.pdf

The 30km Phase Two involves 19 stations between Semantan to Kajang and part of the RM23 billion MRT project which spans 51km with 31 stations.
http://www.theedgeproperty.com.my/content/1006121/mrt-phase-2-almost-95-completed
http://www.theedgeproperty.com.my/content/1006121/mrt-phase-2-almost-95-completed


PEMBOHONGAN TERBARU RAFIZI

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung mengesahkan kos keseluruhan Projek Transit Aliran Massa (MRT) boleh mencecah RM100 bilion.

Najib semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember lalu mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT”.

Rafizi berkata, ‘kumpulan propaganda maya’ Umno melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukan RM100 bilion seperti yang pernah disebut beliau.

Namun katanya, Najib ketika melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan mengumumkan projek MRT merujuk kepada keseluruhan projek itu meliputi laluan sepanjang 141 kilometer.

“Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman PEMANDU, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020,” ujar Rafizi.

Katanya, dalam ucapan Bajet 2011, Najib turut melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion.

“Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion.

“Maka, kos RM21 bilion yang disebut perdana menteri hanyalah untuk 21 km daripada 141 km iaitu 15 peratus dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkannya dalam tahun 2011,” dakwanya.

“Kenyataan Datuk Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion,” kata Rafizi.

Najib pada Khamis dilaporkan berkata projek MRT adalah bernilai RM21 bilion berbanding kos yang disasarkan sebanyak RM23 bilion pada peringkat awal.

Beliau mula mengumumkan projek MRT pada tahun 2011 dan menyatakan dalam ucapan Bajet bagi tahun itu jumlah kos untuk projek tersebut adalah sekitar RM40 bilion.

Fasa pertama MRT, di antara Sungai Buloh dan Semantan telah dilancarkan pada Khamis lalu.

Fasa kedua, yang meliputi jarak 30km yang melibatkan 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai, 2017.

20161217-mrt1-rafizi-berbohong-lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s