FACEBOOK PERKENAL MEKANISME SEKAT BERITA PALSU

WASHINGTON: Facebook Inc berkata pihaknya akan memperkenalkan mekanisme baharu untuk mengekang penyebaran berita palsu menerusi aplikasi berkenaan.

Ia susulan kritikan yang diterima kononnya mereka tidak bertindak dengan efisyen untuk memerangi masalah tersebut semasa kempen presiden Amerika Syarikat.

Syarikat rangkaian sosial itu menegaskan bahawa ciri-ciri baharu itu adalah sebahagian daripada proses yang berterusan untuk memperbaiki dan menguji bagaimana ia boleh menyekat berita palsu.

Facebook berhadapan aduan melibatkan kaedah pemantauan kandungan yang dimuat naik oleh 1.8 bilion penggunanya.

Facebook berkata mereka bekerjasama dengan organisasi seperti laman web semakan fakta Snopes, ABC News dan Associated Press bagi memeriksa ketulenan berita.

Jika organisasi berkenaan mendapati bahawa kandungan sesuatu berita itu adalah palsu, Facebook berkata ia akan ditandakan sebagai “pertikaian”.

Gambar kombo yang disediakan Facebook menunjukkan beberapa langkah baharu bagi membendung penyebaran berita palsu di rangkaian sosial berkenaan

Gambar kombo yang disediakan Facebook menunjukkan beberapa langkah baharu bagi membendung penyebaran berita palsu di rangkaian sosial berkenaan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s