HARGA MINYAK NAIK KE PARAS TERTINGGI SEJAK 2015

NEW YORK: Harga minyak melonjak ke paras tertinggi 18 bulan pagi ini selepas pengeluar minyak mentah utama dunia bersetuju mengurangkan pengeluaran sejak 2001, mencetuskan kebimbangan berhubung inflasi yang menolak pulangan bon Perbendaharaan AS ke paras puncak lebih dua tahun.

Pulangan bon itu juga menokok menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bermula hari ini, yang mana bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua sejak krisis kewangan global.

Harga dagangan hadapan minyak mentah AS menokok AS$1.33 untuk ditutup pada AS$52.83 satu tong, naik 2.6 peratus, sungguhpun ia di bawah paras tertinggi harian.

Brent menokok AS$1.36 untuk ditutup pada AS$55.69, naik 2.5 peratus, selepas mencecah paras puncak sesi AS$57.89, tertinggi sejak Julai 2015.

Adalah mengejutkan, Arab Saudi selaku mengeluar minyak mentah terbesar dunia, berkata ia bersedia menambah jumlah pengurangan pengeluaran daripada apa yang dipersetujui sebelum ini.

20161213-minyak-mentah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s